My Blog List

Wednesday, June 11, 2008

NGV.....tunggguuuuuuu......

KOTA BAHARU: Pas meminta kerajaan segera memperluaskan penggunaan gas asli untuk kenderaan (NGV) bagi membolehkan lebih ramai rakyat beralih menggunakan bahan bakar yang lebih menjimatkan kos itu.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata langkah itu akan meringankan beban rakyat daripada terus menggunakan petrol dan diesel yang harganya baru dinaikkan masing-masing sebanyak 78 sen dan RM1 seliter.

“Buat masa ini kita tiada satu dasar tenaga yang jelas, kita kurang menggunakan gas, kita lebih senang menjual gas kepada negara luar,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Husam mencadangkan agar kerajaan memberi subsidi kepada pengguna kenderaan untuk membeli balang gas NGV yang kini harganya masih mahal.

“NGV ini sangat murah kerana jika setong diisi RM8.50, jarak perjalanan boleh dicapai sejauh 130 kilometer. Maknanya penggunaan NGV sangat menjimatkan dan kita mempunyai rizab gas, yang mengikut laporan Petronas, adalah sehingga 35 tahun.

“Kita adalah antara pengeluar gas terbesar di dunia namun kita tidak menggunakannya dan ia sesuatu yang merugikan jika kerajaan tidak memanfaatkannya,” kata Husam. - Bernama

No comments: