My Blog List

Tuesday, October 21, 2008

Kisah Saiful Di Azab.....AKU TAK PERCAYA CAMNA LAK KORANG?

Saiful Dipercayai Sakit Kerna Sumpah Laknat

Info terkini yang kami perolehi beliau sememangnya sedang mengalami penyakit misteri dan tidak seperti apa yang dilaporkan dalam blognya. Justeru itulah kelibatnya dihalang dalam mana-mana media arus perdana. Sebelum ini kami telah mendedahkan beliau telah dibawa oleh beberapa orang penjaganya untuk menerima rawatan di beberapa buah pusat perbuatan tradisional termasuk seorang Tabib di Sungai Petani, Kedah.

Beliau dipercayai mengalami masalah untuk membuang air kecil dan besar serta "anunya" telah bernanah. Biarpun ramai yang mahukan fakta atas perkara ini, terus terang kami ingin nyatakan mana mungkin kami boleh beri fakta. Jika fakta beliau tidak diliwat dari Hospital Pusrawi sekali pun dianggap satu penipuan. Apatah lagi jika kami lampirkan fakta. Mana mungkin "bomoh atau dukun" mempunyai rekod perubatan untuk didedahkan?. Cukup kami nyatakan bahawa perkara ini didedahkan oleh beberapa orang saudara mara terdekat dan sahabat-sahabat Saiful.

Khabarnya sakitnya kian parah kini, dan beliau dipercayai tidak boleh membuang air besar dan kecil mengikut saluran biasa. Kini pihak terbabit telah menebuk tepi pinggangnya itu untuk dimasukkan saluran bagi memudahkan beliau membuang air besar !!. Jika tidak beliau kemungkinan besar akan terus sakit dan bakal tersiksa hingga akhir hayat atau meninggal dunia.

Soalnya kenapa beliau tidak dibawa ke mana-mana hospital?. maklumat yang kami terima, atas arahan pihak-pihak tertentu mereka tidak dibenarkan membawa Saiful ke hospital takut perkara ini akan tededah. Maka terpaksa Saiful dirawat secara tradisional dan seseekali doktor pakar datang melawat ke kediamannya sekarang.

Pihak terbabit dipercayai lebih rela Saiful mati daripada mendedahkan rahsia sebenar tentang kes liwatnya dengan Anwar. Saiful ingin membuat pengakuan tersebut kerana mendapat nasihat daripada beberapa orang tokoh agama dan pakar perubatan tradisional.

Namun hasratnya itu dihalang kerana beliau kini mempunyai "khadam yang menjaga disekelilingnya". Kasihan benar mendengar cerita terkini Saiful ini. Apapun kami harapkan agar beliau akan selamat dan akhirnya kembali ke pangkal jalan. Namun takdir penentu segalanya. Juseteru itulah kini beliau masih disembunyikan atas faktor keselamatan pihak terbabit dan bukannya diri Saiful sendiri sebenarnya.





Na'uzubillahi minzalik...DI PETIK DARI LAMAN BLOG NI