My Blog List

Friday, June 13, 2008

THE MOST INSANE PROCLAIM I'VE EVER HEARD!


Air Percuma Kejayaan BN
Pengumuman Kerajaan Negeeri Selangor mengenai pelaksanaan manifesto Pakatan Rakyat untuk memberi air percuma sebanyak 20 meter padu untuk setiap meter individu di Selangor merupakan satu kejayaan besar kepada Barisan nasional sebagai pembangkang.

Telah nampak sejak awal kerajaan Pakatan Rakyat cuba melengah-lengahkan pemberian air ini sehinggalah didesak oleh BN Selangor. Malah sejak awal Jun lalu kerajaan negeri belum mengadakan sebarang rundingan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim agak tidak menyetujui idea ini kerana ia akan mengggunakan banyak wang KDEB dan kerajaan negeri. Bagaimanapun tekanan politik dari dalam PKR dan Pas memaksa beliau menyetujuinya. - pembangkangselangor

PHOTOS OF THE STREET PROTEST.

































PERBINCANGAN MENGENAI GATHERING

JIN: Assalamualaikum..wbt Selawat dan Salam ke atas Junjungan Kita,keluarga dan para sahabatnya. Fren, Kenapa tak announce lagi…tarikh baru yg telah dipersetujui ari tu.Dah makin dekat dah ni..

LENG: Sonyap jo semua

POL: Mike, Camna discussion ko ngan Hotel Quality tu ok ke tak kalu om please forward detail so that kita leh gi visit tempat and make arrangement ngan dia orang.

MIKE: Quality hotel not available on 5 july, fully booked.

POL: Ok ada sapa nak bagi cadangan kat mana kita nak buat apa macam kalau Sunway Lagoon for Reunion cum Family Day ..... just a suggestion guys come on lets make this happen as we are so near to the objective.

Taken from matjem email.

Demi Melayu: "Mahathir, Abdullah, Anwar, Nik Aziz perlu duduk semeja" Mufti Perlis


MUFTI Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini menyeru pemimpin-pemimpin Melayu Muslim agar duduk semeja atas semangat persaudaraan untuk menyelesaikan masalah negara yang sedang dihadapi kini.

Dr Asri membuat seruan ini setelah melihat perkembangan politik yang tidak berapa sihat dewasa ini.

"Memandangkan masa depan umat Islam yang mula goyah maka saya merayu pemimpin-pemimpin politik Melayu Islam agar dapat duduk semeja atas semangat persaudaraan Islam bukan atas semangat politik kepartian," kata Dr Asri ketika dihubungi di sini tengahari.

Katanya lagi, masa depan negara dan umat lebih utama daripada segala-galanya.

"Maka saya merayu kepada tokoh-tokoh yang mempunyai hubungan baik dengan saya iaitu Tun Mahathir, Datuk Seri Abdullah Badawi, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Nik Aziz agar sudi duduk semeja demi kepentingan negara," jelas Dr Asri.

Menurut Dr Asri, keadaan politik semasa membuat beliau terpanggil untuk membuat rayuan ini.

"Disebabkan ketidaksefahaman ini, orang lain mengambil kesempatan dan ini bukanlah masa yang sesuai untuk kita terus bertelagah," katanya. selanjutnya Klpos

LIVE FROM KG BARU (OIL HIKES)

Perarakan ke KLCC bermula... selanjutnya malaysiakini

PEMINAT POLITIK SILA AMBIL PERHATIAN.

Road Show GERAMM di Seluruh Negeri Selangor Darul Ehsan yang di adakan pada bulan ini. Diadakan Kearah 1 juta perhimpunan pada 5 Julai 2008 di ibukota.

21-Jun
Ceramah 100 Hari Pakatan Rakyat
Stadium Shah Alam
Halimey (019-2399809)

22-Jun
Ceramah GERAMM
Seksyen 24, S.Alam
YB Azmin/Yakkob/Tian Chua/Gobalakrishnan/Rodziah/Shamsul/Jonah/Hishamudin Rais
Hisham (016-2870947)

28-Jun
Ceramah GERAMM
Stadium Seksyen 15
YB Azmin/Yakkob/Tian Chua/Gobalakrishnan/Rodziah/Shamsul/Jonah/Hishamudin Rais
Hanapi (012-3051757)

29-Jun
Stadium Sungai Besar
YB Azmin/Yakkob/Tian Chua/Gobalakrishnan/Rodziah/Shamsul/Jonah/Hishamudin Rais
Fauzi (017-3030346)

Beberapa siri ceramah sepanjang bulan sedang di aturkan. Sebarang informasi terbaru berkenaan tarikh, lokasi dan penceramah akan di beritahu kelak.

PROTES HARGA MINYAK

PEMBERITAHUAN - Jangan lupa ... untuk datang beramai ramai ke perkarangan Masjid Shah Alam, selepas solat jumaat ini(SORI YANG NI TAK JADI) untuk bersama berdemo minta turunkan harga minyak. Kepada yang bukan Islam ..... tunggu di sana sehingga selepas waktu solat. Perhimpunan Anjuran GERAMM. Pakaian berwarna Merah dan bawa bersama poster serta Banner masing masing..... Bersama kita perjuangan hak rakyat Malaysia ....

TURUNKAN HARGA MINYAK !!!!

Di dalam masa yang sama, petang ini, Pakatan Rakyat turut mengadakan perhimpunan di Masjid Kampung Baru, bersama sama menuju ke Bangunan KLCC.
Sekadar gambar hiasan.....

NASI FREE UNTUK ORG MISKIN SELANGOR

THE Selangor Government will distribute rice to the poor as part of its measures to help ease the financial burden of low-income families.

According to state tourism, consumer affairs and environment committee chairman Elizabeth Wong, the budget to give free rice was approved by the state executive council two weeks ago.
Petikan Dari The Star

HARGA MINYAK KAT SERAWAK GILO BABEN.


Tatau: The price of diesel in parts of rural central Sarawak has rocketed to higher than RM5 per litre, more than double the Government-approved price of RM2.58 per litre.

“The price of fuel has shot up by 100% in places like the interior Kapit division (in central Sarawak). Previously it was about RM10 per four litres, now it is RM20.

“From the Sungai Asap Resettlement Scheme (near the Bakun dam) to Bintulu town, the private van fares have increased from RM35 per person per way to RM50.

In urban locations, members of the public could always complain to enforcement agencies against blatant price increases. Petikan Dari The Star

CHICKS UP TO 7.00 PER KILO....


KUALA LUMPUR: Chicken sellers have increased their prices despite a 60 sen per kilo drop in ex-farm prices, says Federation of Livestock Farmers Association of Malaysia (FLFAM).

The association's broiler unit chairman Kwei Yew Tong said, however, the increase was justifiable considering the recent hike in fuel prices.

Kwei said that as of yesterday ex-farm prices stood at RM4 per kilo but added he had read reports that the market price had risen to RM7 per kilo in several places.

Grade AA eggs stand at 28.5sen while Grade A, B, C, and D stand at 28sen, 27.5sen, 27sen and 26.5sen respectively.“The rise in oil price is not the main reason for any increase in the beef price. The high demand for beef by other countries has resulted in the price increase,” he added.

Dr Santhirakesu said the price of beef would remain at RM12 per kilo
Petikan dari The Star
The only chicks that maintaining the stable price is Lorong Hj Taib Chicks.

Pilot peluk Islam setelah pesawat bawa jenazah ulama dilindungi awan

"Tajuk diatas ialah tajuk sebuah artikel diruangan Pedoman & Iktibar majalah Mastika keluaran Julai 2008 (ms118). Ia merupakan artikel menarik selain daripada artikel mengenai Tok Guru Nik Abdul Aziz di ms 84. Meremang bulu roma saya setelah membaca kehebatan ulama tersebut sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam.

Bukan itu sahaja, menurut pilot tersebut, di sepanjang penerbangan tersebut awan memayungi pesawat tersebut sedangkan tempat lain keadaan panas terik. Kejadian tersebut juga disaksikan oleh krew pernerbangan tersebut. Melihat kepada kejadian aneh itulah, pilot tersebut mengambil keputusan untuk memeluk Islam. Subhanallah.


Siapakah ulama tersebut? Tidak dinyatakan namanya tetapi banyak fakta2 yang menarik berkenaan ulama tersebut yang boleh membawa kita mengenali siapakah beliau. Antaranya :
Beliau merupakan seorang yang terkenal yang berjuang atas nama Islam.
Beliau meninggal dunia akibat serangan sakit jantung 6 tahun yang lepas di sebuah Hospital di Kuala Lumpur
Jenazah beliau diterbangkan ke sebuah negeri di utara dengan pesawat Hercules TUDM daripada airport Subang. Selain itu jenazah beliau juga diiringi oleh polis.
Disemadikan di sebuah madrasah negeri kelahiran beliau sesuai dengan wasiat beliau.
Ribuan rakyat hadir dari seluruh pelusuk negara untuk memberi penghormatan terakhir kepada beliau, sehinggakan setiap orang yang datang berebut-rebut hendak mengangkat jenazah beliau.

 

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum.

Al-Fatihah.
Petikan dari tranungkite

CELCOM HENTIKAN PERADUAN


KUALA LUMPUR: Celcom Mobile Sdn Bhd (Celcom Mobile) semalam, mengumumkan menghentikan sementara ‘Peraduan Celcom 100 Hari 100 Kereta' untuk semua penyertaan baru, bermula tengah malam tadi sehingga 17 Jun 2008.

Syarikat itu, dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, semalam, berkata pelanggan yang sudah mendaftar bagi promosi terbabit, masih boleh menyambung penyertaan mereka dalam peraduan itu sehingga 17 Jun ini.

“Pelanggan yang berhasrat untuk menarik diri daripada menyertainya boleh berbuat demikian dengan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) STOP ke 22222,” katanya. Petikan dari Berita Harian