My Blog List

Wednesday, October 8, 2008

Program Fikir Atas Agama


Assalamualaikum 
Setelah kita selesai menyambut Hari Lebaran yang lalu , kita akan sekali lagi berpel uang menerima kunjungan dari Sayyid Ahmad bin Muhammad bin Alawi Al Maliki, salah seorang ulama dari Makkah al M u karramah pada sedikit masa lagi. 
(BELIAU TELAH PUN TIBA DI MALAYSIA 2 HARI LEPAS) 

Beberapa Program dan Majlis telah diatur oleh pihak Urusetia dan dimaklumkan secara rasminya bahawa terdapat tiga ( 3 ) Majlis Utama yang telah diconfirmkan, iaitu : 

1. Majlis Diskusi / Muzakarah / Forum Bersama Sayyid Ahmad bin Muhammad bin Alawi Al Maliki, di Bilik Sri Seremban, Dewan Majlis Perbandaran Seremban, pada tarikh 10 Oktober 2008, (J u maat ), bermula jam 7.00 malam. Diskusi ini akan membincangkan kitab Mafahim Yajibuan Tusahhah. Tempat adalah terhad kepada 150 peserta yang pertama sahaja. Sila hubu ngi kami untuk " booking ". Kertaskerja dan buku -buku akan dibekalkan secara percuma, InsyaAllah.

2. Majlis Hol alMarhum Sayyid Muhammad bin Alawi Al Maliki dan Majlis aidil Fitri , di Kompleks Yayasan Sofa, 71350 Kota, pada tarikh 11 Oktober 2008 ( Sabtu ), bermula dengan Jamuan HariRaya, ( Lemang, Rendang, Satay, Nasi Impit, ,………..) pada jam 4.30 petang…..(Yang ni 3 ekor lembu akan ditumbangkan…) 

3. Majlis Wacana Utama, di Dewan Seminar, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : MajlisWacana Pemikiran Prof. Dr. Sayyid Muhammad bin Alawi al Maliki Al Hasani akan diadakan pada 12 Oktober 2008 ( Ahad ). Bermula pada jam 8.30 pagi. Sebanyak 1500 tempat disediakan untuk peserta-peserta dari seluruh negara. 

Wacana ini diadakan dengan kerjasama :

• Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Wilayah Persekutuan ( JAWI )
• Angkatan Belia Islam Malaysia ( ABIM )
• Yayasan Sofa 

Ahli Panel : 
1. Sayyid Ahmad bin M u hammad bin Alawi Al Maliki  
2. Habib Umar Al-Aidrus (Ulama Trengganu /Penasihat Sultan Mizan/ Keturunan Tok Ku Paloh
3. Habib Hassan Al-Attas (Imam Masjid Baalawi, Singapura) 

Seminar dan buku diberi percuma…juga ada jamuan pagi dan makan tengahari… Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi : 

1. Ustaz Haji Mohd Farid bin Samad : 019 384 2032 
2. Ustaz Salahuddin bin Azrai : 019 389 7785 
3. Ustaz Mohd Hanif bin Abd Hamid : 019 663 7785  
( Sila SMS nama anda kepada nombor2 di atas untuk urusan booking/reserved - Catat / maklumkan no. Majlis berkenaan )