My Blog List

Tuesday, October 14, 2008

TAKANANG JUO!!!!!


Blok A kpg 8.......The 70A's memories live!!!!!.......bilik paling havoc sekali dlm kpg lapan......amoi rumah ujung tu dah ade anak 7 kot?

Nak tahu lintas langsung live dr rumah amoi tu.....lu kena tanya jin....hahahahahaha.


Blok B....

Blok C....dewan makan kan tkt bawah building ni.....and also the common room...tempat nengok bola live.....eh apa nama kedai sebelah pondok gad dulu?...lupa laaaa.

TAKANANG JUO!!!!!!!!


Fullamak beb...ITM kita lah.....bestnyer.....tingat aku masa tunggu bas dulu...asik nak betulkan jambul jer...sbb jamu mata nengok aweks lalu lalang...hehehehe

Ish...bangunan ni le menyaksikan kali pertama lagu HITS ITM (lu org mesti tahu punya) dipersembahkan oleh aku, jin, mat leng, shidan dan tak lupa cheeqa......idup laghu!

Belakang petrol pump tu terletaknya nasi lemak ngan vade terhebat yg penah aku santap...tak lupa jua teh o doposen...hahahahaha....apalak agaknya jadik ngan si man(tokey kedai) tu agaknya ye?

Bro!...kampung lapan bro......cheewah...cat baghuuuuuu...

Yg aku peliknya....dari dulu sampai skrg hape pasal kedai bawah tu asik tutup je yek?

TAKANANG JUO!


Ni kalau tak silap aku TSJ kan?....budak pompan kena kompem balik...


Almaklum ler...kami tak penah tinggal kat sana.....hanya mikail jer yg tahu tempat ni...sbb dia penah bermastautin kat sini.

Kenangan bebbbbbb!!!!!!

Hah ni aku tahu...Bacang kan?......budak lelaki sampai pat 2 je kat sini....melainkan sesapa yg terlajak masuk kursus secretary....

Ada court volleyball kat sini....hehehe kenangan betui....court tu pakai tar je...and the best part is...dia punya netting rendah giler...almaklum le khas utk pompan sebenarnya....aku kalau spike mmg asik amik 3 meter line je kat sini....

Eksklusif: Kerajaan Baru, Misi 16 Sept Digagalkan Tapi Anwar Mahu Ahli Parlimen BN Bersabar !!

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara sinis meminta ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) supaya bersabar berhubung usaha Pakatan Rakyat untuk mengambil alih kepimpinan kepimpinan kerajaan. "Kalau ada ahli yang berbunyi angkuh sikit tu, saya minta sabar la sikit kerana angkuh itu tak mungkin lama. "Kalau (ada ahli Parlimen BN) yang jerit tu (dalam Dewan), biar la tatkala itu nanti kepalanya turun lebih bawah dari mikrofon,“ katanya ketika sesi perbahasan Bajet 2009 di Dewan Rakyat semalam. 

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Saifudin Nasution Ismail (PKR-Machang) berhubung perubahan yang akan dilakukan Pakatan Rakyat jika berjaya menubuhkan kerajaan. Anwar berkata, beliau yakin perubahan tampuk kepimpinan oleh pakatannya itu akan berlaku. "Kalau persoalannya 16 September, permulaan sudah berlaku. Kita nak runding dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi)... dialah Perdana Menteri pertama yang nak bincang dengan pembangkang tapi tak boleh bincang sebab nak jaga hati pemimpin Umno. "(Tapi) Tak sempat jumpa pun, orang dah gulingkan dia... sebab tu saya sopan dan lembut dengan dia sebab dia agak sengsara," katanya.


Pihaknya juga telah meminta sesi khas Parlimen diadakan sebelum ini, bagaimanapun telah ditolak tanpa alasan. "Manusia boleh merancang, Allah yang menentukan. Mereka yang senang dengan kekuasaan yang melimpah ruah sukar nak terima kenyataan. "Sebab tu dia kata 8 Mac (pilihan raya umum ke-12) tak mungkin, Permatang Pauh tak mungkin (dimenangi pembangkang)... semuanya tak mungkin sebab dia tidak berlandaskan Insya Allah. Insya-Allah, saya yakin akan berlaku (ambil alih kerajaan)," katanya.

Anwar berkata, beliau menyokong hasrat Perdana Menteri yang berazam melakukan perubahan termasuk dalam institusi kehakiman dan membasmi gejala rasuah. "Ini benteng terakhir yang kita mahu pertahankan dalam sistem. Saya setuju dengan hasratnya (Abdullah) dengan harapan sesuatu dapat dilakukan dengan segera," katanya. Anwar berkata, ketika membicarakan soal perubahan mengenai membendung rasuah dan badan kehakiman, hanya Abdullah yang bersuara sedang pemimpin-pemimpin lain katanya, hanya mendiamkan diri.-Pahang daily