My Blog List

Wednesday, August 6, 2008

POSTING FROM AMIN MIKE

Assalamu'alaikum Warohmatullohi Wabarokaatuh, 

MASUKNYA ORANG KAFIR KE MASJID ATAU MUSHALLA
sumber : almanhaj

Pertanyaan.
Lajnah Da'imah Lil Buhuts Al-Ilmiah Wal Ifta ditanya : Bagaimana hukumnya non muslim masuk ke masjid atau mushalla kaum muslimin, samada untuk menghadiri sholat ataupun untuk mendengarkan ceramah?

Jawaban
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Selawat dan salam semoga dilimpahkan kepada RasulNya, keluarganya dan para sahabatnya, wa ba'du.

Telah kami terbitkan jawaban berupa fatwa no. 2922 yang naskahnya berbunyi sebagai berikut : Diharamkan atas kaum muslimin membiarkan orang kafir mana pun untuk masuk ke Masjdil Haram, kerana ini sesuatu yang diharamkan berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala.

"Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis, maka janganlah mereka mendekati masjidil Haram sesudah tahun ini" [At-Taubah : 28]

Adapun masjid-masjid lainnya, menurut sebahagian ahli fiqih dibolehkan kerana tidak adanya dalil yang menunjukkan larangannya. Sebahagian lainnya mengatakan tidak boleh kerana diqiaskan kepada Masjidl Haram. Yang benar adalah boleh demi kemaslahatan syar'iyyah dan keperluan yang menuntut hal tersebut, seperti untuk mendengarkan ceramah yang mungkin boleh mengajaknya masuk Islam atau kerana keperluannya untuk minum air yang ada di masjid.

[Fatawa Al-Lajnah Ad-Daimah, Juz 2, m.s. 76]__,

Anwar dituduh kes liwat esok


Abdul Rahim Sabri | Aug 6, 08 12:18pm
kemaskini 2:33pm Polis menyerahkan satu notis kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta beliau hadir di mahkamah sesyen esok bagi menghadapi pertuduhan meliwat.

Noris bertulis itu diserahkan di kediamannya di Bukit Segambut, hanya beberapa minit sebelum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pilihanraya kecil Permatang Pauh yang akan disertainya pada 16 Ogos ini.

Kata seorang pegawai penasihat PKR itu, dokumen itu disampaikan oleh pegawai penyiasat kes dakwaan meliwat, DSP Jude Pereira.

Polis Kuala Lumpur tiba di kediaman Anwar pada 12:08 minit dan meninggalkan hampir 10 minit kemudian.

Satu notis bertulis dikeluarkan untuk hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jalan Duta pada pukul 10 pagi esok, kata Ismail dalam kenyataan.