My Blog List

Sunday, July 6, 2008






Eden bukan eh nak mengato lahh yo....apo lah hal si Mikail ni dr tadi asik molokap yo kek tipon....Agak eh kono nombo ekor kot?.....kayo bona....Tak pun ado projek ngan Pak Lah Kot?...Gamba selanjutnya click sini

Ni Best Woooooo


Mass Fuel Protest in Malaysia, Stadium Kelana Jaya 06/07/08 - For more of the funniest videos, click here

Gamba Semasa Demo...(ade ke media kata 2500 org?)






Sekitar Stadium Kelana Jaya.








For Those Who Think That Demos Is Waste Of Time.


NEWS: Convert Your Car to Run on Water - Funny bloopers are a click away

Peserta tidak puas hati bantahan dibuat di stadium

harakahdaily | ... Para peserta Perhimpunan Protes Turun di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MPPJ), Kelana Jaya hari ini melahirkan kekesalan atas tindakan pihak berkuasa yang meminta pihak penganjur perhimpunan mengadakannya di dalam stadium secara tertutup. 

Seorang peserta yang datang daripada negeri Pantai Timur yang enggan dikenali berkata, tindakan polis dan kerajaan yang memaksa jawatankuasa penganjur mengadakan perhimpunan di dalam stadium bertujuan mahu menutup gambaran sebenar 'amarah' rakyat terhadap kerajaan. 

Katanya, jika demonstrasi itu dibuat secara terbuka, atau di jalan raya, rakyat akan dapat melihat dengan jelas 'kemarahan' yang ditunjukkan terhadap kerajaan atas sikap sembrono itu. 

"Siapa yang akan dapat tengok betapa tidak puas hatinya kami sebagai rakyat yang kian teraniaya dengan kezaliman kerajaan. 

"Tujuan demonstrasi jalanan adalah untuk membuka mata rakyat di luar sana bahawa mereka perlu melakukan sesuatu yang akan merubah nasib dan masa depan negara ini," katanya. 

Pada masa sama, dalam satu ucapan ringkas kepada para peserta perhimpunan di stadium, jurucakap Suaram. Kohila Yanesegaran berkata ini merupakan kali pertama dan terakhir perhimpunan seumpama itu diadakan. 

Harakahdaily turut dimaklumkan penganjur bahawa terdapat beberapa buah trak tentera yang berkawal di pintu masuk ke stadium berkenaan pada awal pagi tadi. 

Tinjauan juga mendapati terdapat pegawai=pegawai polis yang ditugaskan mengawal situasi dari jarak jauh di atas bangunan Menara Glomac dan Kelana Business Centre dengan menggunakan kamera.

Perhimpunan rakyat di Kelana Jaya

malaysiakini | Perhimpunan rakyat membantah kenaikan harga minyak bermula kira-kira jam 10.15 tadi dengan ucapan penyelaras Protes, Dr Hatta Ramli.

Pada jam 10.20 pagi tadi, terdapat kira-kira 5,000 dalam Stadium Kelana Jaya. Jumlahnya semakin bertambah kerana orang ramai sedang masuk ke dalam stadium.

Jumlah orang ramai meningkat kepada kira-kira 10,000 pada kira-kira jam 12.30 tengahari. 

Mereka memakai baju-T berwarna merah yang tertera dengan tulisan Protes sampai turun dan gambar pam minyak.

Pada masa yang sama risalah yang bertajuk Minyak Oh Minyak turut diedarkan kepada para hadirin.

Turut berucap setakat ini ialah wakil Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf), S Jayathas; Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu dan Pengarah Eksekutif Tenaga, Irene Fernandez..

2,500 pemuda Pakatan kawal perhimpunan



Dr Hatta menganggap perhimpunan ini untuk menghantar isyarat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi serta ahli-ahli Parlimen yang akan bersidang esok.

Beliau juga menjelaskan bahawa sekiranya kerajaan masih tidak menurunkan harga minya, Protes akan berbincang untuk mengambil tindakan selanjutnya.

Sementara itu, ahli jawatankuasa Protes, S Arutchelvan mengesahkan pihaknya tidak memohon permit polis kerana berpandangan ianya tidak perlu sebab hak itu dijamin oleh perlembagaan dan juga pandangan Suhakam supaya keperluan permit itu dimansuhkan.

Beliau juga mendakwa wujud halangan terhadap perhimpunan tersebut, antaranya pengumuman pihak polis bahawa ia adalah perhimpunan haram dan ia boleh menjejaskan kehadiran orang ramai.

Begitu juga, katanya, laporan mengenai latihan bersama antara pihak polis dengan tentera, yang menurutnya satu tindakan yang tidak normal.

Menurut Aru lagi, bas-bas juga ditahan di sekatan jalanraya dan polis meminta maklumat dari mereka.

Dr Hatta pula berkata, beliau sendiri ternampak lima sekatan sepanjang perjalanannya dari Kuala Krai

Protes Geramm

For time being only one vid can be posted.....The today Demo's video fail to download from youtube.....maybe bcoz of being blocked by the govt...I guest.