My Blog List

Sunday, July 6, 2008

2,500 pemuda Pakatan kawal perhimpunan



Dr Hatta menganggap perhimpunan ini untuk menghantar isyarat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi serta ahli-ahli Parlimen yang akan bersidang esok.

Beliau juga menjelaskan bahawa sekiranya kerajaan masih tidak menurunkan harga minya, Protes akan berbincang untuk mengambil tindakan selanjutnya.

Sementara itu, ahli jawatankuasa Protes, S Arutchelvan mengesahkan pihaknya tidak memohon permit polis kerana berpandangan ianya tidak perlu sebab hak itu dijamin oleh perlembagaan dan juga pandangan Suhakam supaya keperluan permit itu dimansuhkan.

Beliau juga mendakwa wujud halangan terhadap perhimpunan tersebut, antaranya pengumuman pihak polis bahawa ia adalah perhimpunan haram dan ia boleh menjejaskan kehadiran orang ramai.

Begitu juga, katanya, laporan mengenai latihan bersama antara pihak polis dengan tentera, yang menurutnya satu tindakan yang tidak normal.

Menurut Aru lagi, bas-bas juga ditahan di sekatan jalanraya dan polis meminta maklumat dari mereka.

Dr Hatta pula berkata, beliau sendiri ternampak lima sekatan sepanjang perjalanannya dari Kuala Krai

No comments: