Sajak Kematian: Anak perlu dididik, bukan dihalang
ISLAM menuntut supaya setiap manusia wajib mempelajari dan mencari ilmu bermula dari buaian hingga ke liang lahad. Konsep dalam akidah ialah mendengar, melihat dan merasa serta terus mentaatinya sama ada taat melakukan setiap perintah atau suruhan juga taat dalam penghindaran daripada melakukan perkara-perkara yang amat ditegah.
Kalau kita faham tentang keimanan, maka tidak ada sesuatu yang boleh dijadikan alasan untuk menolak atau tidak menerima ilmu Allah sama ada melalui pembelajaran, berita, amaran dan sebagainya yang boleh dianggap sebagai alat untuk menambah keimanan dan menguatkan lagi akidah Islamiah.
Anggapan segelintir umat yang mengatakan video Sajak Kematian adalah menakutkan, sungguh tidak relevan. Sepatutnya anak-anak wajib didedahkan tentang kematian dan juga tentang perkara-perkara yang bakal berlaku selepas kematian, termasuklah juga ibu bapa yang tidak semuanya tahu dalam bab seperti ini.
Bacalah al-Quran faham betul-betul, apakah Allah SWT menurunkan al-Quran semata-mata untuk menakutkan hamba-hambanya? Itu bukan menakutkan tetapi sebagai peringatan. Berbuat baik, akan mendapat balasan yang baik juga, dan sekiranya jahat yang diamalkan maka balasannya adalah amat buruk di sisi Allah SWT.
Sememangnya tradisi kehidupan manusia yang sentiasa membantah setiap perintah Allah SWT dan mencari pelbagai alasan untuk tidak terlibat dengan perkara-perkara akidah, tauhid, fekah dan tasauf.
Semuanya adalah penghalang kehendak hawa nafsu semata-mata. Ini semua adalah kerana tidak ada pendedahan tentang ilmu akhirat dan alam ghaib. Banyak terdapat dalam al-Quran menyebut tentang kematian sama ada saat sakaratul maut atau semasa di alam barzakh. Ini sebagai peringatan kepada seluruh manusia tidak mengira penganut mana-mana agama. Segala paparan dalam video Sajak Kematian adalah merupakan sedutan daripada al-Quran.
Dalam bab ini tidak usah dijadikan isu. Tanyalah pendapat ulama, ahli-ahli ibadah dan pakar-pakar dalam bidang ini seperti mufti dan sebagainya bukannya menanyakan pendapat orang-orang yang tidak patuh kepada perintah Allah (tidak pakai tudung adalah tidak patuh perintah Allah).
Tidak pakai tudung juga akan dipersoalkan dalam kubur. Soal menakutkan itu adalah tidak seberapa. Tetapi akan lebih menakutkan sekiranya ibu bapa yang memarahi pihak yang menayangkan video itu dalam keadaan yang tidak sepatutnya didengar oleh anak itu. Mungkin para ibu yang takut barangkali.
Marilah kita sama-sama menjadikan isu ini sebagai mutiara ilmu demi menjaga sahsiah anak-anak kita supaya tidak terpengaruh dengan gejala kemusnahan dan menjadikannya sebagai iktibar bagi mendidik rohani dan jasmani.
FBM KLCI - ended at intraday low, in sync with regional downtrend
-
Stocks on Bursa Malaysia ended lower yesterday with the benchmark FBMKLCI
closed at its intraday low, driven by a last-minute sell-off in utility
stocks...
23 hours ago