My Blog List

Monday, July 21, 2008

150 dakwa bayaran cukai pintu tak selaras

CHERAS: Hampir 150 penduduk di Taman Cheras Hartamas di sini, mendakwa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) tidak berlaku adil apabila mengenakan bayaran cukai pintu secara tidak selaras dan membebankan sesetengah pemilik rumah kawasan terbabit.

Penduduk yang ditemui mendakwa mereka membelanjakan RM800 hingga RM1,000 setiap tahun untuk cukai pintu, bagaimanapun merasa kurang selesa apabila mengetahui jiran bersebelahan menerima bil cukai pintu dengan harga lebih murah daripada mereka.

Perkara terbabit diluahkan mereka ketika sesi dialog antara penduduk bersama wakil MPAJ serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teratai, Janice Lee Ying Ha, semalam.

Menurut seorang penduduk, Ben Wong, 40, dia berkali-kali mengadu mengenai masalah itu kepada MPAJ, bagaimanapun tiada sebarang tindakan diambil untuk menjelaskan kedudukan sebenar mengapa perkara terbabit berlaku, sedangkan keluasan rumah antara penduduk sama.

Perompak tiada belas kasihan

KUALA LUMPUR: Sekumpulan penjenayah yang merompak kedai emas di sebuah pusat beli-belah di Wangsa Maju di sini malam tadi, bertindak ganas apabila sanggup menembak seorang pekerja kedai emas itu yang cuba menyelamatkan diri di belakang kedai

Dalam kejadian jam 8.30 malam, wanita berusia 26 tahun itu ditembak di belakang badan ketika sedang melarikan diri ketika perompak memasuki kedai terbabit.

Mangsa yang cedera parah dikejarkan ke sebuah pusat perubatan berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, wanita malang itu mati ketika sedang mendapatkan rawatan tidak lama selepas kejadian.

Lima perompak bersenjatakan tiga pistol dipercayai jenis semi auto melarikan barang kemas bernilai setengah juta ringgit.

Kejadian itu juga menyebabkan pengunjung pusat beli-belah berkenaan gempar selepas terdengar bunyi beberapa das tembakan dilepaskan penjenayah.


Pindah segera 600,000 babi


PPPIM gesa kerajaan Selangor alihkan ternakan dari 17 kampung Melayub.

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pergerakan Perpaduan Islam Malaysia (PPPIM) mendesak kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat memindahkan 600,000 ternakan babi dari 17 kampung Melayu tradisional di kawasan Sepang ke lokasi yang jauh daripada kawasan penempatan. 

Pada masa sama, PPPIM juga mahu supaya cadangan untuk membuka 400 hektar kawasan lagi untuk meluaskan ternakan itu dibatalkan serta merta.


Beliau berkata, PPPIM bersama 200 badan bukan kerajaan (NGO) yang jika digabungkan mempunyai keahlian mencecah 100,000 orang akan mengambil langkah berdiplomasi dengan menghantar memorandum terlebih dulu bagi mengatasi masalah membabitkan penternakan babi di kawasan berkenaan. 

"PPPIM bersama 200 NGO berkenaan juga merancang mengadakan perhimpunan besar-besaran membabitkan 100,000 orang di hadapan Bangunan SUK sebagai tanda protes," katanya.