My Blog List

Monday, September 8, 2008

FITNAH DARI MEDIA......DAN AKU TERUS FRUST DGN SOKKABAR!

KLANG 6 Sept. – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan tindakannya tidak turun padang untuk meninjau keadaan mangsa ribut di beberapa kampung di sini dengan menganggap perbuatan tersebut sebagai membuang masa dan membazir wang.

Menurutnya, walaupun pakatan pembangkang sering melaung-laungkan konsep negara berkebajikan, ia tidak bermakna beliau perlu menunjukkan muka kepada rakyat ketika mereka berdepan kesusahan seperti bencana alam.


"Saya ada wakil rakyat dan Exco yang mengendalikan bantuan untuk mangsa dan saya sentiasa berhubung dengan mereka. Jadi, tidak perlu saya turun padang kerana ia membazirkan masa saya.

"Jika saya datang melawat, saya terpaksa membawa bersama 15 hingga 20 orang saya dan ini akan melibatkan kos kewangan," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan bantuan bencana kepada mangsa ribut di sini hari ini.

Ini merupakan lawatan pertama beliau ke lokasi bencana alam itu sejak ia melanda Isnin lalu.

Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, lebih 1,000 keluarga dari beberapa kampung seperti Kampung Sungai Udang serta Kampung Sungai Bertek di Teluk Pulai dan Kampung Rantau Panjang di Kapar menjadi mangsa.

Kerajaan Pusat melalui Kementerian Luar Bandar dan Wilayah memberikan bantuan kilat berupa wang dan barangan keperluan sejurus kejadian berlaku.

Turut menghulurkan bantuan segera adalah Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) dengan sumbangan sebanyak RM100,000 bagi membeli atap rumah yang rosak.

Abdul Khalid menambah, perbuatan segelintir pihak dan individu yang memberikan bantuan dengan menemui sendiri mangsa MERUPAKAN GIMIK POLITIK yang bertujuan mahu menarik perhatian rakyat.

Jelasnya, perbuatan turun padang tidak akan memberi sebarang kesan terhadap moral mangsa ribut dan menganggap ia sebagai konsep yang tidak boleh diterima sama sekali.

"Orang yang berada dalam kecemasan bukan mahu sokongan moral, dia mahukan pertolongan.

"Namun, sesetengah ahli politik suka 'bergaya' dengan cara begini tetapi saya bukan orang seperti mereka," tegasnya.

ITU KATA PEMBERITA UTUSAN SEMASA MENGINTERVIEW TANSRI KHALID DI KAWASAN YANG DI LAWAT OLEH TAN SRI KHALID....ini buktinya click here

SMS Dari Kubur

Aku terima sms ni:

Sebarkan: BN: 140 Kerusi (MP Islam - 89 kerusi; MP bukan Islam - 51) Pakatan: 82 kerusi (MP Islam - 43 kerusi; MP bukan Islam - 39) Katalah jadi 30 yg lompat, semua bukan Islam, maka kerusi Pakatan 43 MP Islam & 69 MP bukan Islam..jika 30 yg lompat, 5 Islam 25 bukan, maka Pakatan jadi 48 MP Islam & 64 bukan Islam..jika inilah yg Anwar kehendaki, maka dia akan memusnah Islam & Melayu di M'sia..kita berdoa agar ia hanya impian kosong & Allah lindungi BN.

Aku bertanya balik dalam hati aku......kenapa aku nak doa ALLAH LINDUNGI BN?....Baik aku mintak ALLAH lindungi orang ISLAM kat MALAYSIA!!!!!!!

Warqah Dari Saudara Y.B Zulkifli Nordin

Assalamua'laikum to all,
Hari ini PKR memberikan saya notis tunjuk sebab mengapa tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadap saya kerana mengetuai Himpunan Aman Umat Islam membantah forum anjuran Majlis Peguam pada 9 Ogos.

Kesalahan yang saya didakwa lakukan adalah kerana menghalang forum "Masuk Islam: Artikel 121(1A)" yang jelas menghina Islam dan institusi Islam yang dianjurkan secara terbuka oleh Majlis Peguam walaupun bantahan jelas dibuat oleh umat Islam dari pelbagai lapisan dan latar belakang.

Saya mengambil sikap dalam keadaan Islam dihina saya akan tetap mempertahankan Islam, walaupun akan bercanggah dengan pendirian mana-mana pihak. Kalau tiba masa saya perlu memilih antara Islam dengan parti, saya tetap akan memilih Islam walaupun saya tahu akibatnya saya akan kehilangan & kerugian, tambahan dalam keadaan Pakatan Rakyat dijangka mengambil alih kerajaan pada 16 Sept. Pada saya biarlah rugi duniawi daripada rugi disisi Ilahi.
Saya pasti akan berdepan dengan Jawatankuasa ini yang dijadualkan pada 9 Sept @ 10am nanti. Insyallah yang hak tetap akan dilindungi ALLAH..

Aamantu billah summastaqim.

Adios..