msomelayu - KABINET Abdullah Ahmad Badawi semalam mememutuskan harga pasaran petrol dan diesel tidak akan dinaikan lagi sepanjang tahun ini walaupun harga minyak pasaran dunia dijangka terus naik.
Bolehkah dipercaya kenyataan itu? Jawabnya (segera) tidak boleh.
Banyak jaminan yang diberikan oleh kerajaan Abdullah tetapi tidak terjamin. Terbaru salah seorang menteri Kabinet Abdullah, Shahrir Abdul Samad (seorang menteri yang dianggap tegas dan tidak bertolak ansur dengan kejahatan) mengatakan harga petrol akan mula dinaikan pada Ogos, tup.. tup tidak sampai seminggu petrol dan diesel naik sampai 50%.
Bukan itu saja, sebelum ini Mohd Najib Razak kata minyak tidak akan dinaikan selepas pilihan raya, tup... tup naik. Jadi jaminan menteri tidak boleh dipegang dan dipercayai lagbi. Mulut menteri Malaysia tidak masin dan berbiasa lagi. Kata-kata menteri tidak lebih daripada untuk membuang air liur saja yang berpusa dalam mulut.
Itu contoh klasik, banyak lagi contoh menunjukkan kerajaan Abdullah bercakap tidak betul alis berbohong. Abdullah sendiri juga begitu. Banyak cakap tetapi kerja tidak buat. Dulu Abdullah kata dia tidak mahu cakap tetapi tidak bikin, apa yang berlaku sekarang ini, beliau bikin apa yang tidak cakap. Inilah menyebabkan rakyat pening kepala dan sengkak perut....
Scan 23 Dec 2024
-
Symbol TypeDateClose PriceVolume13 Day RSI
JFTECH Overbought 12/23/2024 0.82 21291800 78
PESTECH Overbought 12/23/2024 0.195 8176700 80.23
SUPERMX Overbough...
26 minutes ago
No comments:
Post a Comment