Ni ada satu pesan yang aku nak tinggalkan untuk pembaca semua, ini berkaitan dengan cara-cara untuk menghadapi
zaman kegawatan minyak. Ada berbagai-bagai jenama dan jenis produk penjimatan petrol yang ada di pasaran sekarang seperti penjimatan berasaskan magnet seperti gamba di atas.....ni dia pesan aku......
JANGAN TERPENGARUH, NI SEMUA MENGARUT.....lagipun syarikat yang jual
natang ni bukannya ada R&D pun...dan kajian yang dilakukan di U.S....
natang ni terbukti
TAK BERKESAN!!!!!!!!.
Cara yang paling berkesan dalam menjimatkan
petrol ialah dengan cara memandu dengan pemanduan yang menjimatkan petrol......ini aku nak bagi serba sikit tip:
1.Bawak kete dgn kelajuan 90km/j iaitu kelajuan pembakaran minyak effisien.
2.Kurangkan membrek tanpa sebab....alah dah nampak lampu merah kat depan yg korang nak speed lg bakpe? Bende brek tak tentu pasal ni slalu aku nampak kat highway....tingat aku satu sticker "see you at the next traffic light" hehehe.
3.Bawak kete balik kampung pd waktu malam dan masa jem kurang.
4.Pastikan kete hangpa diservis ikut jadual-pastikan angin tayar pada kadar yg betul.
5.Jangan bawak bende tak tentu arah kat dalam kete....sebagai contoh ong gas yg dah 8 tahun kosong terbiar kat dlm but kete.....ini semua menambahkan beban yg unnecessary pada kete.
6.Pakai minyak Shell...serious aku tak tipu...walaupun ada muka si geert wilder tu kat shell...tapi ape nak buat?....dah mmg shell menjimatkan....aku dah try dah utk full tank...shell bagi around 15-20km lebih dari petronas.
7.Jangan ram enjin.
ish yang lain tu korang pikir senirik lah ye........"When I got home from work last night, my wife demanded that I take her out to some place expensive... So I took her to a petrol station"
No comments:
Post a Comment