KUALA LUMPUR - Selepas orang ramai dibelenggu dengan kenaikan harga ayam dan daging, kini pengguna semakin terhimpit apabila harga telur ayam pula naik mendadak sehingga mencecah 23 peratus semalam.
Kenaikan itu dikatakan antara yang tertinggi sejak pengumuman kenaikan harga minyak minggu lalu.
Tinjauan Kosmo! sekitar ibu negara semalam mendapati, harga bagi 10 biji telur ayam gred A kini telah mencecah RM3.30 berbanding hanya RM2.70 sebelum ini.
Bagi telur gred B (10 biji) pula, peniaga terpaksa menjual pada harga RM3.10 berbanding RM2.60 sebelum ini dan bagi gred C pula, ia naik 50 sen menjadikan harga bagi 10 biji mencecah RM3.
Seorang peniaga telur di Pasar Chow Kit, Amar Sajali, 18, memberitahu, kenaikan itu berlaku sejak semalam dan lebih memeritkan dakwanya, kenaikan itu amat mendadak.
"Macam biasa, alasan mereka (pemborong) adalah kerana kenaikan kos pengangkutan sebab harga minyak dan diesel dah naik seminggu lalu
No comments:
Post a Comment