My Blog List

Thursday, July 10, 2008

Posting Dari Cika a.k.a CM

Assalamualaikum


Sebenarnya CM rasa hepiii sangat hari ni pasal Allah telah takdirkan CM "bertemu" semula ramai rakan-rakan lama semasa di ITM Melaka lebih kurang 15 tahun dulu. Memang bulan lepas CM telah cuba mencari rakan-rakan lama melalui satu posting di blog ni, yang bertajuk Crew Members . Alhamdulillah semalam CM telah menerima satu e-mail dari Kak Ida salah seorang course mate masa kat ITM Melaka dulu....tapi malangnya dia tak kenal or tak ingat saper CM ni pasal CM tak bagitaw pun saper CM ni.

Tak boleh lupa ngan GYN ni, CM selalu jamming ngan dia masa kat ITM Melaka dulu tu....kira macam jamming partner laaa. So, bila citer bab jamming ni ada satu lagu dan juga lirik ciptaan GYN yang CM tak boleh lupa sampai hari ni. Lagu tu ialah "Setelah Kau Pergi" ....sampai sekarang ni pun bila CM petik gitar, CM akan main lagu ni. Ok, kat bawah ni CM taruh lirik lagu tu untuk membuktikan yang CM masih bersama korang sumer, member2 ITM Melaka 90/93...dan tak lupa juga dedicate untuk rakan2 bloggers sumer....

 
Setelah Kau Pergi


Kali pertama ku terpandangkan wajahmu
Sinar matamu menusuk ke dalam jiwa ini
Kali pertama ku terdengar suara mu
Sukar utk aku melupakannya

Masihkah kau ingat lagi waktu-waktu itu
Saat mula kita bertemu
Masihkah segar lagi gurauan senda kita dulu
Yang sering bermain di hatiku

Sungguh indah saat itu
Tak mungkin akan berulang lagi
Kerna kini kau telah tiada lagi

Kau tanya di mana kesetiaan
Di mana letak pengorbanan
Yang telah kujanjikan dahulu

Di mana tugu cinta kita
Di manakah sumpah setia
Untuk bersama selamanya

Saat akhir pertemuan kita kau menangis tiada hentinya
Kerana kita tak akan bersama lagi

Tiada lagi cahaya yang menyinari
Setelah engkau pergi
Tiada lagi senyumanmu menghiasi
Kamar hatiku terkunci
Tak mungkin dapatku cari pengganti dirimu
Kini aku diburu kenangan bersamamu
Oh Tuhan tunjukkanlah oh bagaimana
Harus kuhadapi hidup ini tanpa kau di sisi


Lagu & Lirik : Mohd Noor Kosygin
(1991 – ITM Melaka) ....kalau tak silap ler...hehehe

Link Utk Blog Cika

Dan dgn bangganya.........eden le penyanyi lagu ni....Matjem 

1 comment:

Anonymous said...

Cika.....lagu tu pun aku masih ingat lagi..aku pun hafal gak chorus tu,,,tak sangka ko ingat gak lagu tu...mat jem, cika, gyn..bila nak buat single pasal lagu tuu.... wat single la..kita promote kat satu malaya....aku bleh bagi publisit..photo shoot,launching pun aku bole wat...stat la skrg...PUNGGUK