My Blog List

Monday, June 16, 2008

Kereta OCPD Kunak disimbah cat

Salah sebuah daripada lapan buah kereta milik Ketua Polis Daerah Kunak, DSP Dingka Utoh telah disimbah cat ketika diletakkan di Pangkalan Pekan Kunak, satu kilometer daripada Balai Polis Kunak.

Namun Dingka atau pemandu kereta Landcruiser bernombor ST 3389 B tidak membuat laporan polis dan Dingka melarang semua media tempatan menyiarkan kes keretanya disimbah cat.

Mengikut makluman daripada beberapa orang saksi, landcruiser berkenaan dipandu oleh seorang bekas banduan yang berstatus pendatang asing tanpa izin, Andi, yang meletakkan kenderaan tersebut di Pangkalan Kunak sebelum memasuki sebuah rumah untuk membeli syabu dan menghisap syabu di rumah berkenaan dan tertidur sehingga keesokan harinya.

Memandangkan kawasan berkenaan agak gelap, maka ianya memudahkan pihak yang bersengketa dengan Andi atau Dingka menuang cat kilat berwarna aluminium ke bumbung dan bonet kereta sehingga cermin hadapan dilimpahi cat.

Kereta berkenaan tidak dapat dipandu kerana cerminnya dipenuhi cat menyebabkan Dingka mengupah sebuah kereta tunda untuk menarik kereta tersebut pada jam 8 malam berikutnya ke sebuah lokasi yang tidak diketahui.

Dipercayai kereta berkenaan tidak mempunyai sebarang insuran, cukai jalan dan dipandu oleh Andi untuk berulang alik ke kebun Dingka di Simpang Empat Kunak dan Sungai Kambing, Tingkayu.

Peristiwa ini telah menyebabkan Dingka kehilangan maruah sebagai OCPD kerana ada orang berani menyimbah keretanya dengan cat di khalayak ramai sehingga menjadi buah mulut bagi Kunak dan kawasan sekitarnya.

"Memang memalukan. Berani betul orang yang simbah cat ke kereta OCPD. Walaupun ianya kelihatan seperti memberi amaran, namun ada sesuatu yang tidak kena dengan Dingka dan Polis Kunak," ujar Haji Hussin yang turut menyaksikan kereta Dingka dikerumuni orang ramai di Pekan Kunak. Taken from Malaysiatoday
Matjem: Leng, hati-hati dlm menjalankan tugas....doa dr kengkawan.

No comments: