My Blog List

Tuesday, September 9, 2008

Bala Allah Sedang Menjenguk.

Adakah pergaduhan dan pertikaman lidah antara Datuk Ahmad Ismail dan Tan Sri Dr Koh bekas menteri besar Pulau Pinang akan menjadi punca berlakunya lagi peristiwa 13 Mei?. Adakah isu ini sengaja diperbesarkan untuk meraih simpati dan meraih undi atau meraih kembali semangat Hang Tuah orang-orang Melayu?. 

Perlu diingat di dalam sejarah 13 Mei punca berlakunya peristiwa ini bermula  dari pergolakan HARTAL di Pulau Pinang dan selepas Hartal inilah berlakunya 13 Mei. Adakah sejarah hitam ini sedang dirangka kembali?.

Bibit-bibit perpecahan antara UMNO dan Gerakan telah mula merekah, bak kata orang bagai retak menanti belah. Ugut mengugut telah bermula. Di belah Gerakan, mereka mengugut untuk keluar dari BN jika Datuk Ahmad tidak mahu menarik balik perkataan perkaumannya. Di belah UMNO pula strategi koyak gambar telah pun berlaku.

Apa ni?....Tolong lah wahai dua pemimpin woi!..Kami bukannya nak bergaduh tentang isu bodoh camni. Kalau nak suruh kami gaduh pasal mempertahankan agama Islam tu 100% kami akan pergi. Tapi semata-mata sebab nak bertekak dan meneruskan perangai degil tak boleh ditegur, bodoh tak boleh diajar ni.....Sorry!...Aku malas nak campur.

Yang aku takutkan ialah kesan dari pertikaman lidah dua pemimpin $$$ ni. Adakah isu ini memungkinkan berlakunya kembali peristiwa 13 mei? ..kalau ini yang akan berlaku...ok! member-member polis dan sojar semua...aku rasa korang akan sibuk giler bulan ni...dan bolehlah hangpa lupakan sahaja cuti raya tahun ni.

Adakah ini bibit-bibit awal kesan sumpah laknat dan kesan dari fitnah-fitnah jahat?

Adakah sumpah dan fitnah yang dibuat sebelum ini telah membuatkan pintu-pintu laknat Allah sedang terbuka?. Adakah bala dari Allah sedang menjenguk-jenguk negara kita ini?..Nauzubillah himin zalik...Maka celakalah orang yang bersumpah palsu dan orang yang memfitnah palsu!!!.

Kepada sesiapa yang melakukan fitnah/sumpah palsu...tolonglah...ambillah kesempatan Ramadhan ini untuk bertaubat!.  Buatlah sekarang ini sementara bala Allah masih dalam tangan malaikat. Jangan esok bila bala dah menimpa baru nak bertaubat.

Kepada Rakyat Malaysia, Cepat-cepat lah kita saling nasihat dan menasihati. Dalam isu Fitnah Dan Sumpah kita tidak boleh berdiam diri kerana bila bala Allah menimpa, ianya diturunkan kepada semua!. Hatta yang berada di dalam surau sekalipun tetap juga tercela. 

Pernah suatu kisah di mana Allah hendak menurunkan balanya kepada suatu kaum. Apabila malaikat sampai ke kawasan itu mereka kembali semula berjumpa Allah dan berkata. Ya Allah bagaimanakah kami hendak menurunkan bala sedangkan ada hamba mu sedang beribadat di dalam masjid?. Allah berkata maka turunkanlah bala itu ke masjid itu dahulu kerana orang-orang itu telah mengambil sikap berdiam diri dan tidak membetulkan kesalahan orang lain sedangkan mereka itu berilmu!.

No comments: