My Blog List

Tuesday, August 19, 2008

Sumpah @ Sesumpah?


Sape pulak Ramlang Porigi?

Apa kene mengena Ramlang Porigi ni dengan "Sumpah Mubahalah"?

Betul ke Ramlang ni Imam macam yang akhbar laporkan masa Saiful buat sumpah mubahalah?

Aku berminat nak selidik beberapa individu yang terlibat dalam majlis sumpah keramat Saiful tu bila aku perhatikan ada beberapa kemusykilan berlaku dalam majlis tersebut.

Keliru yang pertama - majlis diadakan secara tertutup sedangkan sedari awal dikhabarkan bahawa akan diadakan secara langsung.

Keliru ke-2 - majlis diadakan secara tergesa-gesa.pada awalnya dimaklumkan bahawa Saiful akan memaklumkan tarikh majlis sumpah mubahalah akan diadakan tetapi sebaliknya pula berlaku dimana majlis mengumumkan tarikh sumpah mubahalah bertukar menjadi majlis sumpah mubahalah...kenapa tergesa-gesa?dah lah dari awal lagi ambil masa yang lama untuk umumkan tarikh, sampai masa saat akhir tiba-tiba terus sumpah mubahalah seolah tiada persediaan & juga seperti desperate.

Kalau nak ikutkan perbicaraan dimahkamah belum bermula, tekanan dari mana-mana pihak pun boleh dikatakan tak de pun.kalau yang ada tu cuma pertikaian biasa macam yang berlaku dalam mana-mana kes berprofile tinggi...kenapa desperate sangat?

Keliru ke-3 - majlis yang sepatutnya disiarkan secara langsung seperti yang dijanjikan sebelum ini menjadi 1 majlis tertutup & khabarnya wartawan dihalang untuk turut serta dalam majlis tersebut.tetapi akhirnya ada juga yang berjaya meloloskan diri & membuat liputan bertulis & beberapa snap gambar manakala rakaman video pula khabarnya hanya diambil dari tak lebih dari 3 video camera & lokasi kamera video pula hanya menghadap beberapa individu berkepentingan.

Keliru ke-4 - 15hb.Ogos lebih kurang jam 5 petang, ada sahabat dari Permatang Pauh msg.katanya sebelum ni jarang UMNO/BN naikkan layar putih dekat pondok panas depa kecuali kalau ada ceramah tapi kali ni lain sikit.belum penamaan calon depa dah naik layar putih.

Rupa-rupanya lepas Saiful angkat sumpah pondok panas UMNO/BN pakat-pakat tayang berita TV3suku malam tu...patut la...depa macam dah tau dah Saiful nak angkat sumpah, jadi depa standby peralatan awal-awal untuk siarkan kat pondok panas...kebetulan ke?

Balik dari Permatang Pauh aku dapat 1 sms maklumkan bahawa Imam Masjid Wilayah tak terlibat dalam majlis sumpah Saiful...aish...lagi la aku keliru...setahu aku semua media melaporkan bahawa majlis tersebut disertai oleh Imam Masjid Wilayah...

petikan berita awal - KUALA LUMPUR 15 Ogos – Mohd. Saiful Bukhari Azlan hari ini mengotakan janjinya untuk bersumpah laknat (mubahalah) mengikut syariat Islam bagi membuktikan kebenaran dakwaan dirinya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam upacara yang berlangsung di Dewan Solat Utama Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini pada pukul 6.25 petang, Mohd. Saiful, 23, melafazkan sumpah itu disaksikan oleh bapanya, Azlan Mohd. Lazim dan salah seorang imam masjid itu, Ramlang Porigi.

Aku pun mula search & result yang aku dapat -

Info 1 - Timbalan Penyelia : Us. Ramlang bin Porigi
H/P : 019-356 9680/012-5708143 -

Info 2 - Cawangan >> Sumber Ilmu & Maklumat
Nama : Ramlang bin Porigi
Jawatan : Pembantu Hal Ehwal Islam
Telifon : 03 6201 8780 ext :158

Dari sumber diatas tak de satu pun yang mengesahkan bahawa individu bernama Ramlang bin Porigi ni memegang jawatan Imam Masjid Wilayah.dari carian yang aku buat, cuma ada 3 nama yang memegang jawatan Imam Masjid Wilayah - 1 jawatan Imam besar & 2 Imam sahaja.mereka-mereka yang memegang jawatan Imam ialah :-

Cawangan >> Pejabat Imam Besar
Nama : Tn. Hj. Abdul Malek bin Salleh
Jawatan : Imam Besar
Talian Terus :03 6201 8780 ext :137

Cawangan >> Sumber Ilmu & Maklumat
Nama : Moghni bin Israni
Jawatan : Imam
Talian Terus :03 6201 8780 ext :123

Cawangan >> Sumber Ilmu & Maklumat
Nama : Mohd. Zulkhairi bin Zulkifli
Jawatan : Imam
Talian Terus :03 6201 8780 ext :142 - rujuk [ sini ]

Kalau betul maklmat yang aku dapat ni, hangpa pikiaq la sendiri.orang kalau dah jawatan lain tetiba menyamar isytihar diri lebih dari jawatan yang disandang ni jenis manusia apa?apa kepentingannya nak kene menyamar sebagai Imam?

Zaman sekarang ni agama cuma mainan bagi setengah-setengah puaka.nantikan balasan diakhirat kelak..!

Ini bukan keseluruhan drama...ada lagi yang bakal aku & blogger2 seangkatan bongkarkan...buat UMNO/BN - korang yang mulakan "Game" ni & kami menyahut cabaran korang..!ahli-ahli & penyokong-penyokong UMNO/BN boleh korang nak bodohkan, tapi tidak kami..!

Kita lihat siapa yang kena!

Fikir-fikirkan...

No comments: