Sebenarnya aku rasa, aku agak keterlaluan dalam menghidangkan sumber-sumber berita di dalam blog ini....Yelah almost 70 % posting seakan-akan pro DSAI....Sebenarnya aku cuba untuk bersikap neutral dalam hal-hal politik tanahair, tapi semakin aku cuba untuk neutral semakin menimbun berita pro pembangkang yang aku post.
Masalah yang sebenarnya ialah di manakah berdirinya aku?....Pro pembangkang atau pro gomen?. Terus terang aku katakan yang aku ini sebenarnya lebih berpihak pada PEMBANGKANG. Dalam masa yang sama aku tidak menolak BN.
Pada aku apa sahaja yang benar tetap benarnya dan yang salah pun bersifat demikian. Mana yang lebih benar akan aku sokong tak kiralah BN ke atau PR ke. Dalam isu liwat aku mengambil langkah yang paling mudah....Saiful dah bersumpah kan?....Ini aku serahkan sebulat-bulatnya pada ALLAH....biar dia yang menentukan.
Kuasa ALLAH maha hebat....tak yah bersumpah di depan Al-Quran pun dia boleh dengar....even di dalam hati sekalipun.....So untuk DSAI bersumpah balas, pada aku sudah tidak perlu..ALLAH maha adil dalam segala pertimbangan.....so kenapa kita nak mempersoalkan lagi?....Apa, cakap dalam hati ALLAH tak dengar ke? Kalau benar DSAI bersalah maka laknatlah ia...dan kalau SAIFUL bersalah maka laknat lebih besar pasti akan menimpa dia.
Masa aku kecik...Bapak aku cukup marah kalau aku bersumpah....Dia selalu kata, jangan bermain dengan sumpah....begitu juga Ust-Ustazah aku....semuanya menetang kalau anak muridnya menggunakan Lillah dalam sumpah....kenapa?....sebab mereka tak mahu kita mempermain-mainkan sumpah....Dalam hal SAIFUL bersumpah...pada aku ini adalah satu cara bagi dia untuk membuktikan kebenarannya. Terbukti atau tidak terpulang pada pandangan individu...tetapi adakah keterbuktian ini boleh digunakan dalam mahkamah?....sudah tentu tidak!
Untuk DSAI membalas sumpah adakah ianya perlu?....Perlu pada orang BN tetapi tak perlu bagi Orang PR. Pada aku apa sahaja yang DSAI buat sudah tidak menjadi hal...kerana telah aku serahkan pada ALLAH dalam menentukan kerjanya sendiri...Siapa yang nampak DSAI masukkan zakarnya ke dubur SAIFUL?..Hanya ALLAH tempat aku berserah....Lain ler kalau ada orang nampak bende alah ni masuk dubur si polan dengan mata kepala mereka sendriri.
So nasihat aku kepada semua...mudah aje..Apabila ada kekeliruan maka baliklah kita kepada Al-Quran dan Hadis....Kita ada akal dan fikiran....kita ada unsur logik dan unsur keagamaan......gunakan akal yang waras....bak kata ada sorang lawyer kat aku...."LU INGAT SENANG KE NAK ROGOL ORANG?". Hehehehe...pompan yang dah penah merasa tentu tahu betapa susahnya zakar nak penetrate vagina......At least hah...kalau memaksa bende alah tu masuk...mesti ada ouch punya!..
Berikutan sifat ketidak adilan atau adilnya post aku.....Aku terpaksa bertindak more to pro pembangkang sebab artikel yang berkaitan dengan pro gomen terlalu banyak disiarkan di media-media arus perdana....so to be fair.....aku terpaksa mengepos berita yang pro pembangkang.....at least mind kita ada something untuk berputar.
Perhatikan berita di media pro gomen.........The very unfair one!.....semakin hari dah semakin meluat aku tengok.....tak adil langsung!....at least bagi le can PR punya good news......ini tak...asik nak ngentam jer...manalah si mamat pemberita tu tak kena hentam.....Dia ambil gambar tak ikhlas....sebagai bukti....korang tahu yang pemberita tu ramai di Permatang Pauh kan?....tapi mana gambar penyokong PR yang berjumlah lebih 50,000 tu?...yang aku nampak hanya gambar segelintir penyokong BN yang mana dalam gambar tu aku nampak banyak lagi bendera dari orang.
Di manakah gambar ni? Kenapa tak publish kat Berita Harian?
Please lah media arus perdana...kami dah muak...kami nak perubahan.....janganlah bersikap sebegini lagi...Kalau sebelum ini mungkin aku boleh menerima sedikit sebanyak berita pro BN yang cuba disampaikan....Tapi la ni dah makin maleh.....korang nak salahkan aku pun aku tak akan marah korang balik.....Ini pendirian aku.....Ini kebebasan aku dalam berfikir....Salahkah aku?.
Aku sayangkan malaysia....aku rasa kalau media terus bersikap pilih kasih.....aku tak terkejut negara kita yang aman ini akan bertukar menjadi huru-hara.......ambillah Pakistan, Iraq, Peru dan Columbia.....Aku tak mengada-ngadakan cerita....contohnya kita lihat sahaja bagaimana isu kemasukan UiTM di perbesar-besarkan......kalau kat Berita Harian nampak bebeno bodohnya Tan Sri Khalid....Tetapi cerita yang sebenarnya ialah Tan Sri Khalid nak cadangkan di UiTM di wujudkan Pusat Pengajian Antarabangsa atau International Studies Faculty....SALAH KE?...BODOH SANGAT KE?.....Apa cadangan yang bernas sebegini pun boleh disalah ertikan oleh student UiTM disebabkan oleh putar belit media tempatan!. Kesal gila aku!!!!!!!
Sudahlah...cukuplah...aku merayu sesangat....PR ke, BN ke.....semuanya cintakan keamanan....tetapi isu-isu panas terus dipermainkan media hanya untuk melariskan akhbar mereka.....kalau berlaku lagi 13 Mei sekali lagi.......Pemberita/Media adalah salah satu culprit yang patut dihukum sama....
No comments:
Post a Comment