My Blog List

Thursday, August 21, 2008

TUDUHAN RASUAH DIJAWAB PR


IPOH, 20 Ogos :-Tiga parti dalam Pakatan Rakyat di Perak yang bermesyuarat lebih sejam bermula jam 5.00 petang tadi, mengeluarkan kenyataan resmi dalam sidang akhbar bahawa dua exconya dianiaya Barisan Nasional (BN) dan Umno menerusi tuduhan rasuah palsu.

YAB. Menteri Besar Perak , Dato'Seri Ir. Muhammad Nizar Jamluddin menegaskan Kerajaan Pakatan Rakyat tidak akan tergugat dengan apa yang berlaku dan masih kukuh.





Beliau mengatakan PR akan mendedahkan pula pembohongan dan penyelewengan BN dan Umno. Menteri Besar juga menafikan sekeras-kerasnya projek perumahan yang dikaitkan dengan penangkapan yang bernilai RM180 juta yang dikatakan di Seri Iskandar itu sebenarnya tidak wujud.

Katanya " mustahil kedua-dua exco berkenaan boleh melulus atau mempercepat kelulusan projek berkenaan. "

Menteri Besar juga mengumumkan bahawa mesyuarat bersetuju Pakatan Rakyat akan menubuhkan panel peguam untuk membela dua exco ini. Ini satu konspirasi BN dan Umno. Kami yakin dua exco ini sudah dianiaya. Kerajaan Pakatan Rakyat tidak tergugat dan akan terus mentadbir," katanya pada sidang media di sini.


Hadir sama, Pengerusi DAP Perak yang juga Exco Kanan, Datuk Ngeh Koo Ham; Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ismail Yusof, Ketua Dewan Ulama PAS, Ust. Shuid Din, Ketua Dewan Pemuda PAS, Ust. NorAzli Musa dan 26 Adun PKR, DAP serta PAS. Kelihatan sama Yb. Dr. Lim Boon Chai.
Mohammad Nizar berkata, semua Adun Pakatan Rakyat akan bekerjasama dan membela kedua-dua ahli exco terbabit. Katanya, kerajaan Pakatan Rakyat berdiri teguh di atas prinsip amanah, menentang rasuah dan ketelusan serta menghormati tindakan Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Sebagai tanda sokongan kepada 2 exco berkenaan kata Ir. Nizar "semua ADUN Pakatan Rakyat akan bersama-sama hadir di mahkamah pada jam 9.00 pagi dan 2.30 petang esok". Dengan penuh keyakinan MB Perak mengatakan diakhir sidang bahawa "yang benar tetap benar ".

Dalam kenyataannya, Dato' Nga Ko Ham bertanya kenapakah laporan dari kami tidak pernah disiasat BPR, dan kenapakah ada double standard oleh BPR ?

No comments: