My Blog List

Thursday, June 19, 2008

Nafsu songsang


gambar ni takde kena mengena ngan cikgu pornstar di bawah.
DUNGUN: Dengan upah antara RM30 hingga RM50 bagi sekali layanan, seorang guru lelaki sebuah sekolah menengah di daerah ini dikatakan bebas menjadikan pelajar lelaki di sekolahnya sebagai tempat melampiaskan nafsu songsangnya sejak beberapa bulan lalu.

Bagaimanapun, perbuatan keji guru berusia 37 tahun berasal dari Klang, Selangor, yang menjadikan kuarters guru sebagai tempat memuaskan nafsunya terbongkar selepas keluarga seorang pelajar lelaki yang pernah menjadi mangsanya membuat aduan polis, Sabtu lalu.

Difahamkan, keluarga pelajar tingkatan empat berusia 16 tahun berasal dari Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) itu membuat laporan di Balai Polis Kuala Jengai, Hulu Dungun, dekat sini, kira-kira jam 3.30 petang selepas mengetahui guru terbabit menjadikan anak mereka sebagai mangsa. Petikan dr BuletinOnline

No comments: