My Blog List

Tuesday, March 3, 2009

SIDANG DUN O-PERA-K

SORRY BEB...KALAU ADA BAHASA KURANG SEDAP....NI AKU CUT AND PASTE JER

10.38 am
Speaker dan ADUN bergerak ke pejabat DAP berdekatan dan sidang akhbar akan di buat sebentar lagi.
DUN BUBAR !!!

10.35 am
Persidangan sudah bersurai berikutan pembubaran DUN dan MB Nizar akan bertemu Sultan untuk pengesahan.
Kawasan persidangan tadi di kepung oleh orang ramai untuk mengelak sebarang usaha mengganggu.
30 ekor beruk kelahiran UMNO juga tidak dapat mengacau.
Manusia yang ber PEN BIRU masih kelihatan di persekitaran

10.29 am
10.25am Usul kedua - membubarkan DUN - diluluskan dengan sebulat suara.

10.23am Usul pertama yang dibentangkan sebentar tadi - menyatakan undi percaya kepada menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin - diluluskan dengan sebulat suara. - mkin

10.29 am

Laporan dari mkini
10.18am Speaker DUN memulakan bicara dengan meminta semua yang memerhatikan perjalanan sidang itu diam sebagai tanda hormat.

10.15am Sidang tergempar DUN diadakan di tempat letak kenderaan diadakan juga di depan Bangunan Perak Darul Ridzuan setelah bangunan tersebut - yang menempatkan dewan itu - ditutup.

10.27 am
10.15am Sidang tergempar DUN diadakan di tempat letak kenderaan diadakan juga di depan Bangunan Perak Darul Ridzuan setelah bangunan tersebut - yang menempatkan dewan itu - ditutup. Ia diadakan di bawah sepohon pokok, dan semua 27 wakil rakyat Pakatan termasuk menteri besar mereka hadir dengan dipengerusikan oleh Speaker yang berpakaian rasmi. Tiada kerusi untuk semua 28 ahli DUN tersebut. Sidang tergempar DUN dibuka dengan bacaan doa. 10.01am Nizar dan para wakil rakyat Pakatan - yang asalnya berdegil ingin meneruskan sidang tergempar seperti dirancang Jumaat lepas - meninggalkan pintu masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan. Mereka bergerak ke tempat letak kereta, kira-kira 50 meter dari pintu masuk tersebut, untuk mesyuarat ringkas. Speaker DUN V Sivakumar turut kelihatan. Kumpulan kira-kira 200 penyokong Pakatan tidak berganjak.

10.23 am
1000 orang sedang memerhatikan persidangan. FRU terus mengawal pintu masuk SUK di sertai oleh 30 orang beruk UMNO yang dari tadi menghalang seperti samseng.

laporan dari mkini jam 9.45 tadi,
Ketua polis Ipoh, Azisman Alias enggan berunding dengan kumpulan wakil-wakil rakyat Pakatan, dengan menyatakan tiada sesiapa dibenarkan masuk.
Polis mengundurkan wakil-wakil rakyat dari pintu masuk utama Bangunan Perak Darul Ridzuan, yang menempatkan DUN. Suasana kelam-kabut.

10.19 am
Hari ni di dalam sejarah ... ADUN PR dan Speaker sedang bersidang sekarang !!!
Tempatnya ... di arahkan untuk rahsia.
Oppsss !!! dah pecah ... anilnetto dah bagi tau ...
Persidangan sedang di buat di bawah pokok tidak jauh dari SUK.
Speaker sedang buat usul.

10.13 am
Lawak !!!
Tiba tiba hakim bertukar.
dari anilnetto ... 
Fyi, Judial Commissioner Ridwan Ibrahim should the judge hearing the habeas corpus of Hindraf Leader last time but suddenly changed to Justice Muhammead Ideres Muhammad Rapee.

10.10 am
Speaker dan YB PR sedang di dalam usaha membuat perancangan pindah untuk mengelakkan usaha PROVOKASI UMNO di depan SUK. Sebentar lagi sidang akhbar akan dibuat untuk pemberitahuan.

No comments: