My Blog List

Wednesday, March 11, 2009

???????????????????....Pelik Tapi Benar.

Oleh Mahasiswakini

Presiden Bersatu Perak Mohd Hafez Sabri menyifatkan kenyataan Dato’ Dr. Zambry Abdul Kadir untuk meneruskan usaha memberi tanah kepada Sekolah Jenis kebangsaan Cina sebagaimana yang telah diluluskan oleh kerajaan Pakatan Rakyat sebelum ini sebagai hipokrit dan menipu rakyat.



Dulu, waktu Dato’ Seri Nizar umumkan pemberian tanah kepada sekolah cina, Dia (Dato’ Zambry) kata Menteri Besar tersebut ‘boneka DAP’lah, alat kepada Cinalah, pengkhianat Melayulah. Sekarang, bila dah bentuk kerajaan, beliau pula setuju dengan pemberian tanah tersebut…hipokrit…cuba menipu rakyat,” jelas hafez.

Beliau secara sinis turut mempersoal wajaran Zambry meneruskan dasar Nizar sekarang.

Jadi, sekarang siapa pula sebenarnya pengkhianat Melayu…(dan) siapa sebenarnya yang menjadi alat kepada bangsa asing (Cina),” sinisnya lagi.

Katanya lagi, Bersatu Perak mendesak Zambry memohon maaf secara terbuka kepada Nizar atas tuduhan dan fitnah beliau sebelum ini sekiranya beliau benar-benar jujur mengutamakan kebajikan rakyat.

Jika jujur, berani, minta maaf secara terbuka kepada Nizar kerana fitnah Nizar sebagai itu dan ini. Jika tidak, tahulah rakyat (Perak) bahawa Si Zambry ini sebenarnya seorang pemerintah yang tidak ada maruah dan harga diri,” desak Hafez lagi.

Inilah kepimpinan UMNO Perak (iaitu) hanya pandai menipu rakyat kononnya patriot Melayu, walhal realitinya tetap tunduk dan takut pada pemimpin-pemimpin tertentu MCA dan Gerakan, bukan mementingkan hak rakyat berbagai, ” tambahnya lagi.

Sehingga kini, Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin masih sah sebagai Menteri Besar Perak jika diukur melalui prinsip Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU) merupakan badan bukan kerajaan yang menaungi mahasiswa anak kelahiran Perak tanpa mengira ideologi dan warna kulit.

Terdahulu, UMNO melalui bakal Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak telah menculik empat Adun Pakatan Rakyat dan melakukan kudeta ke atas kerajaan negeri Perak melalui penyalahgunaan pengaruh kuasa Istana Perak.

No comments: