My Blog List

Thursday, March 26, 2009

Muhyiddin Timbalan Presiden UMNO

Sah Muhyiddin Timbalan Presiden UMNO
26/03/2009 10:39pm

KUALA LUMPUR 26 Mac - Tan Sri Muhyiddin Yassin diisytiharkan menang Timbalan Presiden UMNO selepas menewaskan Tan Sri Muhammad Muhd. Taib pada pemilihan pucuk pimpinan parti sempena Perhimpunan Agung UMNO 2008 di sini hari ini.

Muhyiddin menang dengan memperoleh 1,575 undi sementara Muhammad mendapat 919 undi.

Keputusan diumumkan pada pukul 10.40 malam ini.

Pemilihan pucuk pimpinan parti bagi jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden dan ahli Majlis Tertinggi diputuskan oleh 2,519 perwakilan. - Utusan.

Zahid, Hishammuddin, Shafie Naib Presiden UMNO
26/03/2009 10:39pm

KUALA LUMPUR 26 Mac - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal telah dipilih untuk mengisi tiga kerusi Naib Presiden pada pemilihan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2008 hari ini.

Zahid memperoleh 1,592 undi, Hishammuddin dengan 1,515 undi manakala Shafie mendapat 1,445 undi.

Lima lagi calon ialah Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Tan Sri Mohd. Isa Samad, Tan Sri Rahim Tamby Chik, Datuk Seri Syed Hamid Albar dan Datuk Seri Dr. Rais Yatim. - Utusan

Senarai penuh Ahli Majlis Tertinggi UMNO
26/03/2009 10:51pm

KUALA LUMPUR 26 Mac - Berikut adalah senarai Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang dipilih sempena pemilihan pucuk pimpinan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2008 yang diadakan di sini hari ini.

1. Datuk Seri Mustapa Mohamed (2,239)
2. Datuk Noh Omar (2,084)
3. Datuk Seri Musa Aman (2,084)
4. Datuk Azian Osman (2,060)
5. Datuk Zainal Abidin Osman (2,054)
6. Datuk Mohd. Zin Mohamed (1,854)
7. Datuk Ismail Sabri Yaakob (1,838)
8. Datuk Lajim Ukin (1,804)
9. Datuk Shaziman Abu Mansor (1,705)
10. Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi (1,700)
11. Datuk Tajuddin Abdul Rahman (1,685)
12. Datuk Idris Haron (1,658)
13. Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad (1,624)
14. Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis (1,622)
15. Datuk Saifuddin Abdullah (1,619)
16. Datuk Dr. Norraesah Mohamad (1,611)
17. Datuk Seri Mahdzir Khalid (1,580)
18. Datuk Ahmad Husni Mohd. Hanadzlah (1,529)
19. Datuk Hamzah Zainuddin (1,518)
20. Datuk Bung Moktar Radin (1,517)
21. Datuk Dr. Awang Adek Hussin (1,481)
22. Datuk Seri Zulhasnan Rafique (1,431)
23. Datuk Ahmad Shabery Cheek (1,377)
24. Datuk Seri Idris Jusoh (1,275)
25. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (1,265)

No comments: