Sent: Monday, August 11, 2008 2:31 PM
To: Azizan Hashim
Cc: sde_prop@yahoo.com
Subject: penafian_surat layang
Kepada semua yang menghantar e-mail kepada saya dan suami saya tentang surat layang
yang dihantar ke Pejabat tanah/daerah Hulu Langat. Pertama sekali saya ingin meminta maaf
ke atas perkara ini. Sebenarnya surat ini bukanlah ditulis oleh kami berdua dan ini adalah satu fitnah terhadap kami.
Ini mungkin ditulis oleh orang yang betul-betul cemburukan kami dan untuk menjatuhkan imej syarikat kami.
Lagipun surat ini bukan hanya dihantar ke Pejabat Tanah Hulu Langat sahaja, tetapi juga ke semua Pejabat tanah &
Daerah di negeri Selangor.
Kami telah membuat laporan polis tentang perkara ini dan polis sedang menyiasat kes ini. Orang yang tulis surat ini
tak gunakan letterhead dan tiada tandatangan kami di surat dan ejaan nama saya juga salah di surat tersebut.
Lagipun kami bukanlah hidup mewah seperti yang dikatakan di surat tersebut. Kami hanyalah golongan sederhana
yang bercita-cita untuk maju dalam perniagaan kami. Kami juga tidak berniat langsung untuk komplain mana-mana
pegawai, sedangkan merekalah yang memberi kami peluang pendapatan. Kenapa perlu kami membuang pasir
pada periuk nasi kami sendiri? Kita sudah hidup aman di negara kita, buat apa kami nak kutuk agama Islam atau
orang melayu dan juga pemimpin kita? Sekarang hidup kami sudah tak tenteram kerana menerima banyak gangguan
daripada orang awam. tolonglah kami sebarkan message ini kepada semua orang yang maklum akan perkara ini dan
selamatkanlah kami berdua yang tak berdosa dan tak bersalah ini.
sekian terima kasih.
----------------end e-mail----------
Semoga kita tidak mudah terpengaruh dengan tipu daya pihak tertentu yang mahu menjahanamkan negara demi mengekalkan kekayaan mereka. Kpd yg tak ingat mel mana...ok lah aku kasi tunjuk sama korang:
No comments:
Post a Comment