My Blog List

Wednesday, September 10, 2008

KES ANWAR DITANGGUHKAN KE 24 SEPT - Ref Malaysiakini

Kes Anwar ditangguhkan selepas pihak pendakwa meminta ianya dipindahkan di Mahkamah Tinggi. Arahan meminta pemindahan kes tersebut ditandatangani oleh Peguam Negara, Abdul Gani Patail.

Sebaik sahaja kes dibacakan pada jam 9.58 pagi tadi di hadapan Hakim SM Komathy Suppiah, pihak pendakwa menyerahkan arahan untuk kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. 

Peguam Anwar membantah arahan tersebut kerana ianya ditandatangani oleh Abdul Gani Patail yang sedang disaman oleh Anwar kerana didakwa mencipta bukti palsu semasa kes liwat Anwar pada tahun 1998 dahulu.

Hakim Komathy kemudian membuat keputusan kes ditangguhkan kepada 24 September bagi membolehkan kedua-dua pihak memberikan hujah tentang kesahihan dokumen perpindahan kes ke mahkamah tinggi yang ditandatangani oleh Gani Patail.

Mereka berhujah bahawa sebelum ini, Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi berkata, Abdul Gani dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tidak akan terbabit secara langsung dalam kes liwat terhadap Anwar.

Anwar telah membuat laporan polis terhadap Abdul Gani dan Musa yang didakwanya telah mereka bukti dalam kes-kes terhadapnya 10 tahun yang lalu.


1 comment:

Ikrak said...

I pray day and night that Abdul Ghani and Musa Hassan will die a very violent and bloody death like being run by a truck carrying pig shit and then C4 explosion.