....Kadang2 Allah hilangkan sekejap matahari untuk kita, kemudian Dia
datangkan pula guruh dan kilat, puas kita menangis mencari mana matahari,
rupa2nya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah....
Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:
Setelah Allah SWT selesai menciptakan Jibrail AS dengan bentuk yang
cantik, Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang ,
sayap itu antara timur & barat (ada pendapat lain menyatakan 124,000
sayap).
Setelah itu Jibrail AS memandang dirinya sendiri dan berkata:
"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik
daripada aku?". Lalu Allah berfirman yang bermaksud... "Tidak"
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada
Allah SWT dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.
"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang
bersungguh-sungguh,
dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu,
akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yg mulia yg
paling aku cintai,
namanya "Muhammad".
Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu
mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka
dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang
bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu
dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari
solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan
kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."
Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan
kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?" Lalu Allah berfirman yang
bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat
tinggal..."
Kemudian Jibrail AS meminta izin kepada Allah untuk melihat syura Ma'waa.
Setelah Jibrail AS mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail AS
dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan
dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3,000 tahun,
terbanglah malaikat Jibrail AS selama 300 tahun sehingga ia
merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah
bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata
dalam sujud: "Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan
setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"
Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu
dapat terbang selama 3,000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan
kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti
yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada
sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada
umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan..."
Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah SWT
telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam hamba-Nya yang taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam hamba-Nya yang
bermaksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam
Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat
(yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di
dalam semua hari.
Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini.
Kalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat
yang lain
agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua.
Ilmu yg bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya
meskipun dia sudah meninggal dunia.....
Scan 23 Dec 2024
-
Symbol TypeDateClose PriceVolume13 Day RSI
JFTECH Overbought 12/23/2024 0.82 21291800 78
PESTECH Overbought 12/23/2024 0.195 8176700 80.23
SUPERMX Overbough...
44 minutes ago
No comments:
Post a Comment