Komen itu terbongkar pada Selasa lalu selepas laman web popular di internet YouTube menyiarkan kenyataan Bush dalam satu majlis tertutup.
Ucapan Bush itu dirakamkan menerusi telefon bimbit berkamera sebelum dihantar ke laman web tersebut.
"Tidak ada persoalan mengenainya (kejatuhan harga hartanah)," kata Bush dalam satu majlis tertutup di Houston pada Jumaat lalu.
"Ia menjadi mabuk dan kini menghidap sakit pening kepala.
"Persoalan sekarang adalah berapa lama ia tidak akan mabuk dan tidak cuba untuk melakukan semua khayalan peralatan kewangan yang luar biasa? soalnya."
"Kita kini mendapat isu perumahan," kata Bush.
"Bukan di Houston, buktinya tidak di Dallas kerana Laura (isteri Bush) cuba untuk membeli sebuah rumah," katanya.
Bush menjelaskan bahawa isterinya tidak lagi berminat untuk tinggal di kawasan luar bandar Crawford di Texas.
Bush yang kini berumur 62 tahun pernah ditangkap kerana memandu dalam keadaan mabuk ketika beliau berusia 30 tahun. - Reuters
No comments:
Post a Comment