My Blog List

Tuesday, July 29, 2008

POSTING DARI LIZSALIZA

Pontianak Harum Sundal Siang-Malam

Pada zaman dahulu di kampung Paku laris iaitu sekampung dengan Pontianak
Harum Sundal Malam... Wujud seorang pemuda bernama Sani... Sani amat
ditakuti oleh penduduk kampung kerana kemisteriannya. .. Iaitu suka minum
darah binatang dan boleh melayangkan dirinya di udara dan juga pengamal
ilmu hitam... Sehingga satu masa habis semua binatang berdarah di kampung
itu dihisapnya.. . Termasuklah lembu, ayam, kambing, hatta kucing parsi
ketua kampung pun terlibat sama...

Penduduk kampung sudah tidak tahan lagi dengan keadaan tersebut lalu mereka
membuat persidangan JKKK di balairaya bagi mencari jalan penyelesaian. .
Namun semuanya menemui jalan buntu... Tapi tanpa disangka2 akhirnya
terbunuh juga Sani setelah terhisap darah ayam yang terkena selsema
burung....

Maka mengadaplah roh budak Sani tu tadi kat ketua dia yang berada di alam
lain bagi mendapatkan pengampunan. ..

Sani : Kapten... Sudilah kiranya engkau ampuni aku dan hidupkan aku
semula...

Kapten Hantu: Boleh... Apa tak leh lak... Tapi kau sudah tidak boleh jadi
manusia...

Sani : Susah2 aje tuan ni... Tapi aku mintak supaya aku masih boleh
menghisap dan boleh terbang...

Kapten Hantu : Ok... Lu pejam mata dan angkat tangan ke langit... Gua
jadikan Lu Dracula !!!

Maka Sani pun menjalani kehidupan seperti biasa iaitu kacau sana dan kacau
sini... Ramai penduduk kampung Paku Laris yang mati kena hisap darah...
Penduduk kampung sekali lagi bersidang dan seorang bomoh Ali dipanggil
untuk menyelesaikan masalah... Sepandai-pandai tupai melompot akhirnya
jatuh ketanah juga... Sani ala Dracula tersebut berjaya di tangkap dan
dibunuh dengan penuh sadis sekali oleh penduduk kampung... Jasadnya dikerat
24 dan ditanam di 24 tempat yang berasingan.. . Maka mengadaplah Sani buat
kali kedua...

Sani : Tuan... Aku mati lagi la...

Kapten : Tu la kau... Tak pandai cover line... Tapi nasib baik aku ni
pemurah... Ok aku hidupkan kau balik...Tapi tak boleh dalam bentuk
manusia...

Sani : Ok... Tapi aku masih nak menghisap darah dan boleh terbang...

Kapten : Orait.... Aku jadikan kau nyamuk!!!

Maka Sani pun hiduplah seperti biasa walaupun dalam keadaan jasad yg
berlainan... Kejahatannya terus berleluasa.. . Ramai orang2 dikampung paku
laris mati akibat jangkitan denggi... Sehinggalah satu hari datang Jab.
Kawalan Penyakit Bawaan Vektor Seremban datang menyembur gas... Maka kelam
kabutlah si Sani melarikan diri dan akhirnya beliau mati akbat terhidu gas
beracun tersebut... Maka dengan penuh segan silunya mengadap lagi Sani
mengadap Kapten hantu buat kali terakhir...

Sani : Tuan...

Kapten : Sudah2... Aku dah tau hajat kau... Tapi ini kali terakhir aku
boleh tolong kau... Aku hanya boleh jadikan kau bendaTak bernyawa saja...

Sani : Tak de nyawa pun takpe lah... Tapi aku tetap nak hisap darah dan
bersayap...

Kapten : ??? Pelik sungguh permintaan kau ni... Aku meeting dulu dengan PA
aku...

Setelah beberapa hari maka dapatlah satu benda yang sesuai untuk ditukarkan
si Sani...

Kapten : Sani... Kau jaga la diri baik-baik... Aku yakin kau akan wujud
sampai bila-bila... Aku jadikan kau...


TUALA WANITA BERJENAMA SaniTA iaitu dengan ciri-ciri penyerapan 2 kali
ganda dan ada wing...

Jangan mare haaaaaaaa... ......

No comments: