Ada satu pertanyaan yang sering membawa kita kepada sembang kedai kopi yang sehingga kini ianya seakan tiada titik noktahnya,. Soalannya ialah ke manakah menghilangnya peminat bolasepak Malaysia?
Sentiasa di benak kita menghadirkan kegemilangan bolasepak negara pada era sebelum 90an. Stadium sentiasa dipenuhi dan kedengaran dari hampir setiap rumah sorakan gol apabila bola menerjah jaring . Hampir kesemua kanak-kanak apabila ditanya apakah cita-cita bolasepak mereka pabila besar esok? Boleh dikatakan hampir kesemuanya telah menjawab “Saya nak jadi Mokhtar Dahari”. Ke manakah menghilangnya keghairahan ini?.
Jawapannya ialah keghairahan ini telah berubah angin!. Mata-mata peminat bolasepak negara telah lebih tertumpu kepada liga bolasepak antarabangsa. Terima kasih atas tumpuan media yang berlebih-lebih menjurus hala satelit mereka ke luar angkasa Malaysia.
Pada pandangan penulis peminat itu sentiasa ada cuma perlunya ada anjakan paradigma . Kenangan kegemilangan perlu dijadikan satu lipatan buku dan bahan kajian dalam meneruskan perjuangan bolasepak negara. Sejarah kegemilangan ini perlu diekstrak semula penilaiannya. Namun begitu kaedah membanding-bandingkan kualiti antara dua zaman ini(kegemilangan dan kejatuhan) tidak dilakukan secara adil. Kualiti para pemain pada dasarnya ada berkembang cuma perkembangan dunia bolasepak sekarang nyata amat berbeza dengan 10 tahun lampau dari berbagai sudut.
Perbezaan ini dapat dilihat dan di klasifikasikan kepada dua bahagian. Yang pertama perkembangan manupulasi dalam dunia media massa dan juga komunikasi yang mana dahulunya kita hanya terdedah kepada 2 atau 3 saluran tv sahaja tetapi dengan adanya media satelit dan jalur lebar pengaruh media telah bertukar kepada jangkauan tanpa batasan sempadan.
Yang keduanya adalah Faktor Sains dan ekonomi, ianya memperuntukan peratusan yang amat besar dalam menjana dan memajukan dunia sukan sekarang. Tidak juga ketinggalan faktor taktikal dan teknikal yang bersumberkan dari sekumpulan pakar dalam bidang pengurusan bolasepak yang sememangnya berteras kukuh di dalam setiap pasukan elit bolasepak dunia.
Di sini penulis ingin memfokuskan hanya kepada jaluran Media telekomunikasi.Ini adalah anjakan paradigma yang telah dinyatakan di awal rencana.
Teknik penyampaian media perlu berkembang selaras dengan kemajuan dunia tele-komunikasi. Sebagai contoh kita boleh melihat bagaimana perlawanan bolasepak Liga Sepanyol dan Itali yang sentiasa digambarkan oleh peminat sebagai liga permainan tercantik. Apakah faktornya?.Ini adalah satu teknik pukau(Hypnotise), jikalau di kaji secara visual dapat kita simpulkan yang sebenarnya teknik sinematografi telah memainkan peranan yang begitu cemerlang. Gerakan cantik diulang tayang berberapa kali walaupun ianya tidak menghasilkan gol tetapi ianya dipaparkan dengan begitul artistik dan realistik sekali.
Jikalau hendak dikaji tentang pengetahuan peminat tempatan tentang liga bolasepak negara berbanding dgn Barclays Premier League bolehlah dirumuskan bahawa peratusannya lebih memihak kpd BPL. Fenomena ini sebenarnya hanya baru berberapa tahun ini ianya bermula. Fenomena ini dicetuskan oleh satu bentuk permainan maya yang baru iaitu Fantasy Football dan juga dikenali sebagai Fantasy Football manager.
Fantasy Football ini adalah satu pertandingan taktikal berbentuk maya dan ianya dimainkan di seluruh dunia. Pengendali pasukan maya akan cuba mengkaji dan menilai taraf permainan setiap individu bolasepak dari pemain hinggalah ke pengurus. Ini membuatkan yang peminat lebih berminat untuk mengikuti perlawanan bolasepak secara menyeluruh.
Faktor Internet telah menyumbang kebangkitan besar BPL kepada tahap liga terbaik dunia yang sebelum ini sentiasa beralih tangan antara Sepanyol dan Itali. FAM sepatutnya mengambil langkah proaktif dalam mengembangkan informasi liga tempatan ke dalam arena jalur lebar dan tidak sekadar mengharapkan kepada media tradisi iaitu surat khabar dan tv sahaja.
Kajian dan juga kerjasama dgn FA inggeris memungkinkan perlaksanaan laman web FAM yg lebih mengujakan. Peningkatan penggunaan internet dan blog perlu di ambil kesempatan sepenuhnya dan tidak hanya dipandang remeh kerana setiap kesempatan perlu diambil dalam meningkatkan kembali minat penonton kepada liga tempatan.
Apabila berlaku pertambahan minat, barulah pihak penaja mula membuka mata dan menaruh minat dalam penajaan pasukan bolasepak. Ini amat diperlukan kerana peminat tidak mahu berlaku lagi kekalutan seperti yang menimpa pasukan bolasepak Sarawak baru-baru ini. Penajaan penting dalam menggaji pakar-pakar teknikal, sains sukan, pembangunan prasarana dan juga minat para pemain bolasepak itu sendiri.
Media telekomunikasi mudah alih juga memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya. Berapa kali kita dapat mendengar dan melihat iklan keputusan perlawanan Liga Malaysia boleh dipaparkan melalui khidmat pesanan ringkas? Hampir tiada, berbanding dengan keputusan perlawanan BPL dan juga baru-baru ini Euro08 yang di pancarkan di setiap pelanggan mobiliti yang melanggan khidmat ini.
Ke manakah pendapatan yang dijana oleh pengendali syarikat telekomunikasi ini pergi? Alangkah ruginya FAM jika tidak menggunakan kesempatan ini.
Masa telah berubah dan pihak pengurusan FAM perlu berani dalam membuat perubahan. Ini bukanlah langkah drastik tetapi FAM boleh belajar mengenai penggunaan media dari persatuan-persatuan lain yang mana telah terbukti berjaya. FAM perlu peka dalam setiap perubahan senario media. Kuasa tarikan media terhadap menarik minat penonton adalah cukup tinggi dan jangan dipandang remeh.
Faktor-faktor ini mungkin akan menunjukkan perubahan dan peningkatan dalam arena bolasepak tempatan dan juga harus diperhalusi hingga ke akar umbi agar tiada yang tertinggal di atas kertas sahaja. Apabila informasi dapat disalurkan dengan cara yang lebih berkesan kritikan-kritikan yang bersifat positif akan subur dan ini membolehkan pengkajian dan penilaian bolasepak tempatan dapat sampai ke pihak yang sepatutnya iaitu kelab dan persatuan bolasepak negeri.
Razman Malik.
Companies trading at below net cash. Opportunity or value trap?
-
*Companies that are trading at negative enterprise value (EV)*
EV = market value of common stock + market value of preferred equity +
market value of deb...
1 hour ago
No comments:
Post a Comment