Polis akan bertindak selepas Anwar gagal hadir
KUALA LUMPUR: Polis akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap Penasihat PArti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana gagal hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini, petang ini, berhubung kes dakwaan liwat bekas pembantunya.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd Bakri Mohd Zinin, berkata polis sudah menyerahkan notis secara rasmi kepada Anwar mengikut Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah (CPC) yang mengarahkan beliau hadir untuk merekodkan keterangannya mengikut Seksyen 112 CPC.
"Polis kini mempunyai tiga atau empat pilihan (tindakan selanjutnya) ke atas Anwar. Jadi, beri kita masa," katanya pada sidang media di IPKKL di sini.
Anwar sepatutnya hadir jam 3 petang tadi tetapi peguamannya,
Peguamnya SN Nair berkata Anwar tidak akan berbuat demikian kerana masih menunggu surat perintah Seksyen 111 CPC untuk hadir ke IPK, di sini.
FBM KLCI - likely to move sideways with an upward bias
-
Stocks on Bursa Malaysia ended higher Friday with the benchmark FBMKLCI
extended its gains to close higher, in line with regional markets, as
continued...
7 hours ago
1 comment:
.
Post a Comment