Apa apa masalah pun, kita kena adu pada pemimpin. Baik tentang biasiswa, mahu pun kena liwat. Jadi sebagai rakyat yang perihatin, gua mau tanya sama Najib Tun Razak, TPM Malaysia. Kalau dia tak caya, gua tunjukkan berita ini ....
“ Saya cuba menghubungi pakcik hampir 10 kali tetapi gagal. Akhirnya pada jam 6 petang semalam, saya membuat keputusan untuk ke rumahnya dan mendapati kereta milik Bala ada. Namun tiada siapa di rumahnya,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu.
Beliau berkata, tujuannya membuat laporan polis itu kerana bimbang keselamatan Balasubramaniam dan keluarganya, terutama keselamatan isterinya dan anak-anaknya, dua lelaki dan seorang perempuan yang berumur 5 hingga 11 tahun.
“Sebelum ini mereka tak pernah buat hal (hilang) seperti ini dan kami sentiasa berhubung kerana saya memang rapat dengan mereka,” katanya.
Ketika ditanya pemberita adakah penyiasat persendirian itu dan keluarganya bertindak menyembunyikan diri, Kumaresan berkata: “Saya pasti mereka tidak akan bersembunyi tanpa sebab kecuali jika keselamatan mereka terancam.”
Akhbar New Straits Times hari ini melaporkan pemeriksaan mereka ke rumah Balasubramaniam di Rawang semalam mendapati rumahnya kosong dan jiran memberitahu bahawa mereka sekeluarga sudah keluar dengan tergesa-gesa sejak awal pagi semalam dengan sebuah lagi keretanya.
Balasubramaniam pagi semalam sudah menarik balik tuduhannya terhadap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang beliau dakwa mempunyai hubungan dengan Altantuya dalam Akuan Bersumpah bertarikh 1 Julai yang didedahkannya pada Khamis lalu. - Utusmeloya
Kalau Anwar tak tau ... mungkin Najib atau Musa Hassan boleh berikan maklumat. Tapi gua mesti boleh agak, lu orang mesti kata ..." No comment" atau "Saya tiada kena mengena dengan kehilangan Balasubramanian" ataupun " Saya tak kenal Bala."
No comments:
Post a Comment