Pertama, liwat sama hukumnya dengan berzina. Tetapi, dosa liwat lebih besar daripada dosa berzina. Malah Rasulullah s.a.w melaknat golongan yang meliwat isteri melalui dubur.
Menurut Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w telah bersabda:"Sesiapa yang mendatangi wanita atau isteri melalui dubur (liwat) atau menemui tukang tilik lalu membenarkan apa yang dikatakannya, sesungguhnya dia telah kafir (tidak mengimani) risalah yang telah diturunkan kepada Muhammad s.a.w." – Hadis riwayat al-Darimi.
Kedua, sesiapa yang melakukan maksiat berterusan digelar sebagai ahli fasiq sama ada dosa besar atau dosa kecil. Hakikatnya, tidak sah ahli fasiq mewalikan anak perempuannya. Namun, jika dia telah bertaubat pasti ALLAH menerima taubatnya kecuali syirik. Jika syirik, dia wajib melafazkan kembali kalimah syahadah kerana telah murtad.
Firman ALLAH S.W.T:
"Sesungguhnya ALLAH tidak mengampunkan sesiapa yang mensyirikkan_NYA tetapi mengampuni dosa selain daripada itu." – Surah al-Nisa': 116.
Ketiga, hukuman bagi perbuatan liwat sama ada peliwat atau mangsa liwat secara rela ada sedikit perbezaan dengan hukuman zina. Penzina lelaki atau wanita yang telah berkahwin dikenakan hukuman rejam (lempar batu di khalayak ramai) hingga mati. Bagi yang belum berkahwin pula dikenakan hukuman rotan sebanyak 100 rotan.
Firman ALLAH S.W.T:
"Penzina wanita (belum kahwin) dan penzina lelaki (belum kahwin) kedua-duanya hendaklah dirotan sebanyak 100 kali dan janganlah kamu melahirkan rasa belas kasihan kepada mereka berdua hinggakan kamu tidak sanggup menjalankan hukum ALLAH jika kamu beriman ALLAH dan hari akhirat." - Surah al-Nur: 2.
Menurut 'Ubbadah bin al-Somit r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Kamu semua hendaklah mengambil (hukuman zina) daripadaku. Sesungguhnya ALLAH telah menunjuk jalan penyelesaiannya. Penzina yang telah berkahwin hendaklah dirotan sebanyak 100 kali dan direjam hingga mati. Penzina yang belum kahwin hendaklah dirotan sebanyak 100 kali dan dibuang daerah." - Hadis sahih riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah. Al-Tirmizi mengklasifikasikan hadis ini sebagai hasan sahih.
Manakala hukuman perbuatan liwat, kedua-duanya hendaklah dibunuh (direjam). Menurut Ibn Abbas r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Sesiapa yang menemui seseorang melakukan perbuatan kaum Nabi Lut a.s.
(liwat), bunuhlah peliwat dan mangsa liwat yang rela." - Hadis sahih riwayat Ahmad, al-Tirmizi, Abu Daud dan Ibn Majah.
Wallahu a'lam.
Scan 23 Dec 2024
-
Symbol TypeDateClose PriceVolume13 Day RSI
JFTECH Overbought 12/23/2024 0.82 21291800 78
PESTECH Overbought 12/23/2024 0.195 8176700 80.23
SUPERMX Overbough...
22 minutes ago
No comments:
Post a Comment