Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun.Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dariair mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata,'Sedap sungguh air ini.'
Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut.Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanyakepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allahtelah menyampaikan wahyu yang bermaksud, 'Hai Adam, sesungguhnya aku belumpernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmuitu.'
Apa Yang Akan Ditanya :-
Dalam sehari ada 24 jam. Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali.
Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar danmasuk. Pertanyaan itu ialah, 'Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafasitu keluar dan masuk ?
Tiga Cahaya Di Hari Kiamat
Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.
Apabila ditanya cahaya apakah ini ?. Lalu dijawab : 'Cahaya yang pertamaialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkanpekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengarazan.
Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelumazan.
Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudahbersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi.'
Kala Jengking Neraka
Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini daritimur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkauhendak ke mana dan siapa yang kau cari ?' Huraisy pun menjawab, 'Akumahu mencari lima orang. Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. Kedua,orang yang tidak mahu keluarkan zakat. Ketiga, orang yang derhaka kepadaibubapanya. Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima,orang yang suka minum arak.'
Simpanlah baik2 email ini dan sebagai peringatan kita setiap hari. Sampaikankepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hinggakeakhir hayat, Insya'Allah .
Wassallam.
Posted By Amin-Mike.
No comments:
Post a Comment