My Blog List

Wednesday, September 10, 2008

DSAI di MAHKAMAH.



Wartawan dikehendaki mendaftar di pintu masuk Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur


 
DSAI  memasuki perkarangan mahkamah

Penasihat PKR, bertemu media sejurus membantah keputusan memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi

Diserbu sebelum memasuki kenderaan untuk keluar dari mahkamah.


 

Sempat melambaikan tangan kepada penyokong dan berseloroh dengan Polis untuk menaikkan gaji Polis...heheheh

Kelihatan sebahagian dari penyokong yang hadir sejak jam 7.45 pagi lagi.

 GEMPAR : TEMASIK HOLDINGS INTENT TO TAKE OVER PETRONAS?

( THROUGH THE DISGUISER OF JEW : KHAIRY JAMALUDIN)

HOPE ITS NOT TRUE

Assalamualaikum,                                                           
                                                                           
Saya dapat news dibawah di petik dari forum TKO, ada sesape yang keje      
petronas boleh clarify cite ni tak..                                       
                                                                           
Maklumat terkini bahawa perkhidmatan Mohd Hassan Marican (Presiden dan     
Ketua Pegawai Eksekutif Petronas) kini sedang menghampiri tempoh akhirnya. 
Berdasarkan kepada maklumat yang diterima, kemungkinan besar Mohd Hassan   
Marican tidak akan disambung tempoh perkhidmatannya walaupun beliau        
berupaya melakukannya.                                                     
                                                                           
Beberapa pihak telah menunjukkan hasrat mereka untuk mengambilalih         
kedudukan Mohd Hassan Marican ini dan kini sedang dalam proses melakukan   
lobi (berskala mega). Semua lobi-melobi ini tertumpu kepada Abdullah Ahmad 
Badawi. Ada yang melobi dengan wang dan ada pula yang melobi dengan        
cara-cara yang lain.                                                       
                                                                           
Tetapi ada dua orang calon telah bersaing diantara mereka dan dikhabarkan  
bahawa kedua-dua mereka mendapat restu daripada Abdullah Ahmad Badawi      
untuk mengambilalih kedudukan Mohd Hassan Marican sebagai Presiden dan     
Ketua Pegawai Eksekutif Petronas. Salah satu dari dua calon ini            
dijangkakan akan dilantik menggantikan Mohd Hassan Marican manakala        
seorang lagi dijangkakan akan menduduki jawatan Ahli Lembaga Pengarah      
Petronas.                                                                  
                                                                           
Calon yang begitu kuat melobi untuk menggantikan tempat Mohd Hassan        
Marican dikenalpasti adalah Khairy Jamaludin. Beliau khabarnya telah       
berjaya meyakinkan Abdullah Ahmad Badawi bahawa beliau mampu untuk         
menerajui Petronas dan memangkinkan pertumbuhan dan pemerolehan Petronas   
dalam jangka masa singkat. Abdullah Ahmad Badawi juga dikhabarkan telah    
bersetuju jika Khairy Jamaludin dilantik kejawatan tersebut dan sedia      
mengarahkan Petronas untuk membuat perlantikan tersebut sebaik tempoh      
akhir perkhidmatan Mohd Hassan Marican tamat.                              
                                                                           
Dengan pengaruh wang dan lobi yang besar, Khairy Jamaludin percaya bahawa  
beliau dapat menerajui Petronas dalam masa terdekat. Ini dibantu dengan    
sokongan berterusan (wang dan kuasa) yang datangnya dari Singapura melalui 
Temasek Group.                                                             
                                                                           
Berdasarkan kepada analisis semasa dan pasaran Asia Tenggara, Temasek      
Group amat berminat untuk menguasai Petronas demi untuk mengukuhkan aliran 
tunai dan kewangan mereka. Buat masa ini hanya cabang industri Minyak dan  
Gas sahaja yang masih belum dikuasai sepenuhnya oleh Temasek Group.        
Beberapa transaksi kewangan berskala besar telah dikesan dibiayai oleh     
Temasek Group kepada beberapa individu dalam industri Minyak dan Gas       
tempatan termasuklah kepada pihak yang membekalkan khidmat sokongan kepada 
industri yang sama.                                                        
                                                                           
Dengan penguasaan dalam industri Pelabuhan (seperti masa telah             
dikenalpasti bahawa beberapa pelabuhan utama di Malaysia kini telah        
dipindahkan sahamnya kepada proksi Temasek Group) tempatan, maka dapat     
dijangkakan bahawa Temasek Group kini sedang berusaha membuat beberapa     
pemerolehan lagi demi memantapkan organisasi mereka.                       
                                                                           
Proksi-Proksi Temasek Group di Malaysia kini nampaknya sedang ditimbunkan  
dengan wang ringgit dan jaminan keselamatan sehinggakan mereka sanggup     
menggadaikan aset negara. Berdasarkan kepada senario semasa, SCOMI Group   
juga dikenalpasti telah mendapat laba daripada usahasama haram dengan      
Temasek Group.                                                             
                                                                           
Jika Khairy Jamaludin dibenarkan menjadi Presiden dan Ketua Pegawai        
Eksekutif Petronas, maka jangan kita terkejut jika akhirnya Petronas       
dikuasai oleh Temasek Group (Singapura). Kita wajar menyekat perkara ini   
daripada menjadi kenyataan. Abdullah Ahmad Badawi memang mudah dikuasai    
oleh Khairy Jamaludin. Jangan pula kita biarkan Kamaludin Abdullah Ahmad   
Badawi menjadi Ahli Lembaga Pengarah Petronas kerana ini juga akan         
menguatkan pengaruh Temasek Group kedalam Petronas.                        
                                                                           
Petronas adalah hak Malaysia dan bukannya Singapura. Jangan gadaikan aset  
negara.                                                                    
                                                                           
Ketua Perusuh                                                              
Bekas Felo Kanan                                                           
Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa - ISIS  

KES ANWAR DITANGGUHKAN KE 24 SEPT - Ref Malaysiakini

Kes Anwar ditangguhkan selepas pihak pendakwa meminta ianya dipindahkan di Mahkamah Tinggi. Arahan meminta pemindahan kes tersebut ditandatangani oleh Peguam Negara, Abdul Gani Patail.

Sebaik sahaja kes dibacakan pada jam 9.58 pagi tadi di hadapan Hakim SM Komathy Suppiah, pihak pendakwa menyerahkan arahan untuk kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. 

Peguam Anwar membantah arahan tersebut kerana ianya ditandatangani oleh Abdul Gani Patail yang sedang disaman oleh Anwar kerana didakwa mencipta bukti palsu semasa kes liwat Anwar pada tahun 1998 dahulu.

Hakim Komathy kemudian membuat keputusan kes ditangguhkan kepada 24 September bagi membolehkan kedua-dua pihak memberikan hujah tentang kesahihan dokumen perpindahan kes ke mahkamah tinggi yang ditandatangani oleh Gani Patail.

Mereka berhujah bahawa sebelum ini, Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi berkata, Abdul Gani dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tidak akan terbabit secara langsung dalam kes liwat terhadap Anwar.

Anwar telah membuat laporan polis terhadap Abdul Gani dan Musa yang didakwanya telah mereka bukti dalam kes-kes terhadapnya 10 tahun yang lalu.


Tuesday, September 9, 2008

Proton MPV?????????


Macam Savvy pun ada macam Myvi pun ada gak

Dari tepi ada sikit Wish...cuma idung dia pendek sikit.

Bala Allah Sedang Menjenguk.

Adakah pergaduhan dan pertikaman lidah antara Datuk Ahmad Ismail dan Tan Sri Dr Koh bekas menteri besar Pulau Pinang akan menjadi punca berlakunya lagi peristiwa 13 Mei?. Adakah isu ini sengaja diperbesarkan untuk meraih simpati dan meraih undi atau meraih kembali semangat Hang Tuah orang-orang Melayu?. 

Perlu diingat di dalam sejarah 13 Mei punca berlakunya peristiwa ini bermula  dari pergolakan HARTAL di Pulau Pinang dan selepas Hartal inilah berlakunya 13 Mei. Adakah sejarah hitam ini sedang dirangka kembali?.

Bibit-bibit perpecahan antara UMNO dan Gerakan telah mula merekah, bak kata orang bagai retak menanti belah. Ugut mengugut telah bermula. Di belah Gerakan, mereka mengugut untuk keluar dari BN jika Datuk Ahmad tidak mahu menarik balik perkataan perkaumannya. Di belah UMNO pula strategi koyak gambar telah pun berlaku.

Apa ni?....Tolong lah wahai dua pemimpin woi!..Kami bukannya nak bergaduh tentang isu bodoh camni. Kalau nak suruh kami gaduh pasal mempertahankan agama Islam tu 100% kami akan pergi. Tapi semata-mata sebab nak bertekak dan meneruskan perangai degil tak boleh ditegur, bodoh tak boleh diajar ni.....Sorry!...Aku malas nak campur.

Yang aku takutkan ialah kesan dari pertikaman lidah dua pemimpin $$$ ni. Adakah isu ini memungkinkan berlakunya kembali peristiwa 13 mei? ..kalau ini yang akan berlaku...ok! member-member polis dan sojar semua...aku rasa korang akan sibuk giler bulan ni...dan bolehlah hangpa lupakan sahaja cuti raya tahun ni.

Adakah ini bibit-bibit awal kesan sumpah laknat dan kesan dari fitnah-fitnah jahat?

Adakah sumpah dan fitnah yang dibuat sebelum ini telah membuatkan pintu-pintu laknat Allah sedang terbuka?. Adakah bala dari Allah sedang menjenguk-jenguk negara kita ini?..Nauzubillah himin zalik...Maka celakalah orang yang bersumpah palsu dan orang yang memfitnah palsu!!!.

Kepada sesiapa yang melakukan fitnah/sumpah palsu...tolonglah...ambillah kesempatan Ramadhan ini untuk bertaubat!.  Buatlah sekarang ini sementara bala Allah masih dalam tangan malaikat. Jangan esok bila bala dah menimpa baru nak bertaubat.

Kepada Rakyat Malaysia, Cepat-cepat lah kita saling nasihat dan menasihati. Dalam isu Fitnah Dan Sumpah kita tidak boleh berdiam diri kerana bila bala Allah menimpa, ianya diturunkan kepada semua!. Hatta yang berada di dalam surau sekalipun tetap juga tercela. 

Pernah suatu kisah di mana Allah hendak menurunkan balanya kepada suatu kaum. Apabila malaikat sampai ke kawasan itu mereka kembali semula berjumpa Allah dan berkata. Ya Allah bagaimanakah kami hendak menurunkan bala sedangkan ada hamba mu sedang beribadat di dalam masjid?. Allah berkata maka turunkanlah bala itu ke masjid itu dahulu kerana orang-orang itu telah mengambil sikap berdiam diri dan tidak membetulkan kesalahan orang lain sedangkan mereka itu berilmu!.

POSTING DARI HAZMAN

Awas-virus terbaru
Dilulus terbit pada Sunday, September 07 @ 02:10:45 MYT oleh greenboc 
Oleh azmann33

"VERY IMPORTANT - BIG VIRUS COMING!!! PLEASE READ & FORWARD!!!
  
PLEASE FORWARD THIS WARNING AMONG FRIENDS, FAMILY AND CONTACTS! 
You should be alert during the next few days. Do not open any message with an attachment entitled 'POSTCARD FROM BEJING', regardless of who sent it to you. It is a virus which opens A POSTCARD IMAGE, which 'burns' the whole hard disc C of your computer. This virus will be received from someone who has your e-mail address in his/her contact list. This is the reason why you need to send this e-mail to all your contacts It is better to receive this message 25 times than to receive the virus and open it.

If you receive a mail called' POSTCARD FROM BEJING,' even though sent to you by a friend, do not open it! Shut down your computer immediately.

This is the worst virus announced by CNN. It has been classified by Microsoft as the most destructive virus ever. This virus was discovered by McAfee yesterday, and there is no repair yet for this kind of virus. This virus simply destroys the Zero Sector of the Hard Disc, where the vital information is kept. 

COPY THIS E-MAIL, AND SEND IT TO YOUR FRIENDS. REMEMBER: IF YOU SEND IT TO THEM, YOU WILL BENEFIT ALL OF US "


Bersabarlah OJAI

Assallammualaikum kengkawan,
Selamat menyambut Bulan Ramadhan yang mulia, sesamalah kita menilai diri kita di bulan yang mulia ini. Disamping itu ingin aku sebar berita yang sedih ini yakni pada hari ini aku terserempak dengan Ojai di Ampang Puteri Hospital, Ampang. Suami Ojai menghidap "Brain Tumor" dan sedang menjalani pembedahan hari ni. di waktu aku jumpa Ojai tadi suami dia sedang di bedah. Jadi disini aku mohon kengkawan semua agar dapat kita sesama berdoa untuk keselamatan dan kesihatan suami Ojai. Insyaallah mudah mudahan suami nya selamat dan sembuh dengan cepat. 

Kepada Ojai semoga tabah dan sabar menghadapi ujian Allah mudah - mudahan dirahmati dan di berkati Allah dan aku doakan agar semuanya selamat dan agar penyakit suami kau cepat sembuh Insyaallah.

Disini juga aku ingin mohon maaf jika ada salah dan silap dan agar kita sama2 menghadapi dan menjalani bulan yang mulia ini dgn sempurna dan agar Allah merahmati dan memberkati kita didalam menghadapi Ujian di Bulan Ramadhan ini.

Regards,
Saiful Bahry Adzis

Monday, September 8, 2008

FITNAH DARI MEDIA......DAN AKU TERUS FRUST DGN SOKKABAR!

KLANG 6 Sept. – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan tindakannya tidak turun padang untuk meninjau keadaan mangsa ribut di beberapa kampung di sini dengan menganggap perbuatan tersebut sebagai membuang masa dan membazir wang.

Menurutnya, walaupun pakatan pembangkang sering melaung-laungkan konsep negara berkebajikan, ia tidak bermakna beliau perlu menunjukkan muka kepada rakyat ketika mereka berdepan kesusahan seperti bencana alam.


"Saya ada wakil rakyat dan Exco yang mengendalikan bantuan untuk mangsa dan saya sentiasa berhubung dengan mereka. Jadi, tidak perlu saya turun padang kerana ia membazirkan masa saya.

"Jika saya datang melawat, saya terpaksa membawa bersama 15 hingga 20 orang saya dan ini akan melibatkan kos kewangan," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan bantuan bencana kepada mangsa ribut di sini hari ini.

Ini merupakan lawatan pertama beliau ke lokasi bencana alam itu sejak ia melanda Isnin lalu.

Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, lebih 1,000 keluarga dari beberapa kampung seperti Kampung Sungai Udang serta Kampung Sungai Bertek di Teluk Pulai dan Kampung Rantau Panjang di Kapar menjadi mangsa.

Kerajaan Pusat melalui Kementerian Luar Bandar dan Wilayah memberikan bantuan kilat berupa wang dan barangan keperluan sejurus kejadian berlaku.

Turut menghulurkan bantuan segera adalah Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) dengan sumbangan sebanyak RM100,000 bagi membeli atap rumah yang rosak.

Abdul Khalid menambah, perbuatan segelintir pihak dan individu yang memberikan bantuan dengan menemui sendiri mangsa MERUPAKAN GIMIK POLITIK yang bertujuan mahu menarik perhatian rakyat.

Jelasnya, perbuatan turun padang tidak akan memberi sebarang kesan terhadap moral mangsa ribut dan menganggap ia sebagai konsep yang tidak boleh diterima sama sekali.

"Orang yang berada dalam kecemasan bukan mahu sokongan moral, dia mahukan pertolongan.

"Namun, sesetengah ahli politik suka 'bergaya' dengan cara begini tetapi saya bukan orang seperti mereka," tegasnya.

ITU KATA PEMBERITA UTUSAN SEMASA MENGINTERVIEW TANSRI KHALID DI KAWASAN YANG DI LAWAT OLEH TAN SRI KHALID....ini buktinya click here

SMS Dari Kubur

Aku terima sms ni:

Sebarkan: BN: 140 Kerusi (MP Islam - 89 kerusi; MP bukan Islam - 51) Pakatan: 82 kerusi (MP Islam - 43 kerusi; MP bukan Islam - 39) Katalah jadi 30 yg lompat, semua bukan Islam, maka kerusi Pakatan 43 MP Islam & 69 MP bukan Islam..jika 30 yg lompat, 5 Islam 25 bukan, maka Pakatan jadi 48 MP Islam & 64 bukan Islam..jika inilah yg Anwar kehendaki, maka dia akan memusnah Islam & Melayu di M'sia..kita berdoa agar ia hanya impian kosong & Allah lindungi BN.

Aku bertanya balik dalam hati aku......kenapa aku nak doa ALLAH LINDUNGI BN?....Baik aku mintak ALLAH lindungi orang ISLAM kat MALAYSIA!!!!!!!

Warqah Dari Saudara Y.B Zulkifli Nordin

Assalamua'laikum to all,
Hari ini PKR memberikan saya notis tunjuk sebab mengapa tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadap saya kerana mengetuai Himpunan Aman Umat Islam membantah forum anjuran Majlis Peguam pada 9 Ogos.

Kesalahan yang saya didakwa lakukan adalah kerana menghalang forum "Masuk Islam: Artikel 121(1A)" yang jelas menghina Islam dan institusi Islam yang dianjurkan secara terbuka oleh Majlis Peguam walaupun bantahan jelas dibuat oleh umat Islam dari pelbagai lapisan dan latar belakang.

Saya mengambil sikap dalam keadaan Islam dihina saya akan tetap mempertahankan Islam, walaupun akan bercanggah dengan pendirian mana-mana pihak. Kalau tiba masa saya perlu memilih antara Islam dengan parti, saya tetap akan memilih Islam walaupun saya tahu akibatnya saya akan kehilangan & kerugian, tambahan dalam keadaan Pakatan Rakyat dijangka mengambil alih kerajaan pada 16 Sept. Pada saya biarlah rugi duniawi daripada rugi disisi Ilahi.
Saya pasti akan berdepan dengan Jawatankuasa ini yang dijadualkan pada 9 Sept @ 10am nanti. Insyallah yang hak tetap akan dilindungi ALLAH..

Aamantu billah summastaqim.

Adios..