My Blog List

Monday, March 16, 2009

HATI-HATI DENGAN MINUMAN INI-malaysiakini

GREEN BEAN SOY DRINK




Salam semua. Kali ini saya nak sentuh ttg minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yg tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura dan Malaysia.Pernahkah anda dengar ttg keluaran produk minuman YHS yg terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau? Jika anda di Singapura, harap2 baca dulu ya, bahan-bahan yg terkandung dalam minuman ini.

Semasa saya ke salah sebuah pasaraya tempatan, terpandang saya ke arah minuman ini yg saya fikir adalah salah satu lagi keluaran terbaru YHS. Iyerlah, apalah bahan yg nak dibubuh dlm minumankan? So I pick up one and brought to office. Tapi, bila saya baca ingredientsnya...... Cuba lihat kat pic ini.





Cuba lihat dekat-dekat......




Apa kejadah ni? Dah takde lagi ke sumber yg baik, yg murni, darimana pihak pengeluar nak dapatkan bahan atau sumber utk membuat produk minuman mereka???? Tidakkah mereka peka dgn pengguna2 Islam yg sememangnya ramai telah terbiasa dgn minuman yg mereka bekalkan atas jenama YHS???

Belek punya belek.....hah, patutlah. Minuman ni diperbuat di....... di negara yg dah mmg tersohor bubuh melamine dalam susu!!

Apapun, saya sekedar berkongsi info dan diharap sesiapa yg teringin nak merasa minuman jenama YHS "Green Bean Soy Drink", lupakan sajalah niat anda tu. Tak berbaloi bahan yg haram jika memasuki dlm tubuh badan kita ni!! Harap dapat sebarkan info ini terutama sekali kpd anak-anak kita yg mungkin kurang arif ttg perkara ini.
Ehsan Srihani Nasution

E471 adalah lemak babi

http://wiki.answers.com/Q/What_is_E471

Thursday, March 12, 2009

60billion...Kami dapat Apa..??? Dilema ‘orang biasa-biasa’ bila semua harga barang naik

SAYA tahu kerajaan membentangkan bajet mini. Tapi saya tidak tahu apa kesan langsungnya kepada saya. Saya cuma orang biasa dan juga dikelilingi oleh orang biasa yang mempunyai beberapa orang anak yang masih bersekolah dan tinggal di ibu kota.

Bagi yang tinggal di kampung-kampung, mereka ada tanah boleh tanam sayur, ternak ayam, itik, kambing sekurang-kurangnya dapat menampung keperluan bila masa duit terputus untuk membeli barang keperluan.

Bagi saya dan rakan–rakan yang tinggal di kawasan-kawasan perumahan terutama di rumah-rumah pangsa, mana ada tanah mahu bercucuk tanam. Paling tidak pun bolehlah tanam dua tiga pasu sayur.

Dalam keadaan sekarang, kami sudah tidak terfikir untuk membeli kereta baru, sebab tidak mampu menanggung bayaran ansuran. Kami buat bajet sendiri di rumah. Makanan kami dicatu.

Makanan tidak boleh mewah. Yang pastinya, harga telur ayam dan ikan bilis yang merupakan makanan ruji kami juga kini sudah naik. Harga keperluan asas lain seperti beras, bawang, minyak masak, gula, garam, ikan sardin turut naik. Telur ayam sepapan sekarang sudah dekat RM10, yang dulunya boleh dapat dua papan.

Untuk anak–anak kadang-kadang terpaksa bagi makan telur dan kicap saja. Ayam bagi kami sudah menjadi makanan separa mewah. Ikan sekarang sudah dikategorikan makanan mewah.

Saya bukan pakar ekonomi, jarang baca surat khabar, tengok TV pun tak faham apa yang diterangkan. Rasanya kami lebih dapat banyak maklumat dari mulut ke mulut.

Golongan kami ada yang prokerajaan dan ada yang propembangkang, ada juga yang berkecuali. Tapi kami mengalami masalah yang sama, tak ada Yang Berhormat yang datang menjelaskan kepada kami mengenai keadaan ekonomi sekarang.

Banyak perkara yang saya tidak faham:

- Kenapa kerajaan perlu beri subsidi RM480 juta kepada syarikat tol.

- Kerajaan sudah menolong pengguna dengan tidak menaikkan kadar tol, saya ucapkan terima kasih. Tapi mengapa syarikat tol tidak boleh berkorban dengan tidak mengambil RM480 juta itu?

- Kereta rakyat Malaysia semakin banyak menggunakan laluan tol. Mesti untung syarikat tol sudah banyak.

- Mahu balik kampung kerajaan galakkan naik kenderaan awam. Paling murah pun kami mampu naik bas. Harga tiket bas sekarang kalau balik Kelantan sudah lebih RM40 seorang. Bagaimana pula kami yang ramai anak ini? Kurang-kurang hampir RM200 untuk tambang sahaja.

Oleh itu lebih senang kalau balik dengan kenderaan sendiri lebih selesa. Di bandar kereta sudah menjadi keperluan asas terutama bagi mereka yang tempat kerja jauh dari rumah serta mereka yang yang mempunyai anak yang ramai.

- Tapi duit gaji habis untuk bayar minyak dan tol selain bayar ansuran kereta.

- Syarikat insurans pula tidak bolehkah bertolak ansur membantu kerajaan dan pengguna. Tidak bolehkah kurangkan bayaran insurans kereta ataupun lanjutkan tempoh insurans itu dari setahun ke dua tahun? 

- Pasal hingar bingar soal pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris pun memeningkan saya juga. Saya pasti yang menyokong dan menentang sama banyak.

- Buat saja dua aliran, siapa yang mahu belajar dalam bahasa Inggeris masuk kelas A dan sebaliknya masuk dalam kelas satu lagi. 

Sesiapa yang mengambil Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris berikan keistimewaan apabila memohon ke sekolah asrama penuh, universiti atau hendak buat pinjaman atau biasiswa, kerana mereka lulus walaupun susah.

- Atau buat satu subjek khas digabungkan Matematik dan Sains Intermediate macam kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 1119.

Kami bukan nak mengeluh, tapi menceritakan keadaan sebenar. Sebahagian daripada kami bukan pakar politik, mahupun pakar ekonomi. Kami bukanlah orang penting tapi undi kami dapat menentukan kerajaan yang memerintah.

Bagi pihak berkenaan, tolonglah pantau harga keperluan terutama makanan yang tidak turun-turun.

Jangan pantau harga barang orang kaya saja. Buatlah senarai barang-barang yang diperlukan oleh orang biasa macam kami dan orang miskin di luar bandar. Barang-barang itulah yang perlu diturunkan harga dan diberi lebih banyak subsidi.

ORANG BIASA-BIASA
Kak Yah, Kak Jah, Kak Dah,
Mak Cik Milah, Mak Jenab,
Kuala Selangor

Kenyataan Sirul Yang Mengejutkan

Klik sini

Khir Toyo claims sabotage in Umno Youth race

By Neville Spykerman

SHAH ALAM, March 12 - Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, currently the front-runner in his bid to become the Umno Youth chief, has claimed he is a victim of sabotage by his political rivals.

He did not, however, say how he was being sabotaged. His two rivals in the contest are Khairy Jamaluddin and Datuk Mukhriz Mahathir.

Speaking to The Malaysian Insider yesterday, the former Selangor menteri besar said he was aware of the "undercurrents" to undermine his chances.
"I was informed about it three weeks ago and I am not surprise because some other candidate is looking to win without contest." he said without elaborating on who it was. 

Dr Mohd Khir said he was not the only candidate in the party election campaign facing sabotage.

He claimed Malacca Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam, who is vying for the deputy presidency, is also being targeted.

Dr Mohd Khir said news reports about him being the front-runner in the race has also not helped his chances because his political adversaries have increased their efforts to stop him.

He also denied persistent rumours that he had been hauled up by Umno's Disciplinary Board on Tuesday.

However he did not rule out the possibility that he too could be called at any time.

The Selangor Opposition Leader stressed that he did not indulge in money politics but his
own "sin" would be for meeting the delegates and for attending Umno functions.
 
"I feel the Disciplinary Board should only take action if a candidate is caught red handed giving money to delegates and not for attending gatherings."

He said he did not agree with the rule because as a politician he needed to meet the delegates.

"If I don't go to meet delegates, how will they know if they should vote for me."

Dr Mohd Khir seemed unfazed with taking on two other high profile candidates.
 
"I believe I have a strong chance but anything can happen in the next few weeks."

Meanwhile, Dr Mohd has also managed to brushed off mounting allegations by the Pakatan Rakyat state government against him much like "water off a duck's back".

During yesterday's state assembly sitting, he fended off repeated attacks on various outstanding issues including the unauthorized acquisition of apartments in Mecca, while he was chairman of state investment arm, Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) and the misuse of funds by the Wives of Selangor Assemblymen and MPs Welfare and Charity Organisation (Balkis).

Wednesday, March 11, 2009

Jaga Air - RM 1770 Sejam (Seribu Tujuh Ratus Ringgit Satu Jam)

Oleh YB Zul

Saya sangat terkejut dengan pendedahan oleh YB Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan bahas belanjawan pagi tadi yang menyatakan bahawa gaji tahunan Pengerusi Syarikat Bekalan Air Selangor Bhd. (Syabas) adalah RM5.1 juta setahun.

Saya telah membuat perkiraan mudah dan memaklumkan kepada sidang Parlimen tadi bahawa dengan gaji RM5.1 juta setahun, perkiraannya menjadi saperti berikut:

Setahun - RM5.1juta
Sebulan - RM425,000-00
Sehari (8jam) - RM14,166-00
Sejam - RM1,770-00
Seminit - RM29-51

1. Kalau dibanding dengan gaji Speaker Parlimen @ RM18,000-00 sebulan, gaji setahun Pengerusi Syabas ini boleh menanggung YB Speaker selama 23 tahun;

2. Kalau dibanding dengan gaji/ elaun Ahli Parlimen @ RM12,500-00 sebulan, , ianya boleh menanggung 34 Ahli Parlimen tiap bulan;

3. Kalau disbanding dengan gaji anggota polis @ RM1,000-00 sebulan, ianya boleh menanggung 425 anggota polis tiap bulan atau bersamaan dengan 5 pangkalan Unit FRU;

4. Kalau disbanding dengan bayaran purata bil air bulanan pada kadar RM50-00 sebulan, ianya boleh menanggung 8,500 buah rumah.

Saya berpendapat sesuatu perlu dilakukan untuk memastikan tidak berlaku ketirisan atau kebocoran dalam pengurusan dan perbelanjaan syarikat awam.

Presiden Barack Obama sendiri apabila menilai syarikat yang perlu diberi bantuan telah memutuskan supaya ada siling bagi gaji/ pendapatan Pengerusi/ Pengarah Urusan syarikat-syarikat yang kadang-kadang adalah melampau.

Benarlah kata seorang pujangga besar islam, “bila aku ke Barat aku nampak Islam walaupun tiada Muslim, tetapi bila aku pulang ke Arab, aku tidak nampak Islam walaupun ramai Muslim”.

Islam mengajar kita supaya berhemah, berjimat dan sentiasa mengutamakan orang lain terutamanya kalau melibatkan rakyat miskin dan bawahan. Tetapi nampaknya Kerajaan Islam Hadhari Malaysia menepati apa yang disebut oleh pujangga Islam tersbut.


Yang benar,

Zulkifli Bin Noordin

What The Others Say About The Stimulus Package.

Asian Wall Street Journal
11.3.09

The man slated to take over Malaysia’s government later this month hasn’t said much about his economic philosophy. But with the announcement of a 60 ringgit ($16 billion) stimulus package yesterday, one thing is clear: Najib Razak is no free-market reformer.

Mr. Najib, who is currently deputy prime minister, called yesterday’s package “unprecedented in the nation’s history.” For an expenditure of roughly 9% of 2008’s GDP over two years, that’s no exaggeration. Malaysia will raise debt to fund this largesse. The fiscal deficit is now projected to reach a whopping 7.6% of GDP, up from 4.8%.

Malaysia is following in the fiscal footsteps of the U.S., Australia and Japan, but that doesn’t make it smart. The “stimulus” from all this spending will likely be limited. Most of the money will be spent on loan guarantees, infrastructure and public-sector expansion, rather than on tax cuts that could stimulate productive growth. State-owned investment company Khazanah, for instance, will be handed 10 billion ringgit. Pet projects such as “green investments” and the state-run auto maker will also see cash handouts. The government itself will hire 63,000 workers.

This is effectively a restatement of Malaysia’s old, government-knows-best policies. It’s the opposite of what Malaysia really needs, which is to ditch this thinking and shift to a business climate that encourages private investment and entrepreneurship. The government predicts GDP could shrink 1% this year.

Yesterday’s fiscal expansion is also a political risk for Mr. Najib and his ruling coalition. Malaysian voters, fed up with the government’s racial politics and lackluster economic growth, handed opposition parties roughly one-third of the national parliament last year and victories in two subsequent parliamentary by-elections. If Mr. Najib’s package doesn’t work, the voters may protest again at the polls.Send post as PDF to 

???????????????????....Pelik Tapi Benar.

Oleh Mahasiswakini

Presiden Bersatu Perak Mohd Hafez Sabri menyifatkan kenyataan Dato’ Dr. Zambry Abdul Kadir untuk meneruskan usaha memberi tanah kepada Sekolah Jenis kebangsaan Cina sebagaimana yang telah diluluskan oleh kerajaan Pakatan Rakyat sebelum ini sebagai hipokrit dan menipu rakyat.



Dulu, waktu Dato’ Seri Nizar umumkan pemberian tanah kepada sekolah cina, Dia (Dato’ Zambry) kata Menteri Besar tersebut ‘boneka DAP’lah, alat kepada Cinalah, pengkhianat Melayulah. Sekarang, bila dah bentuk kerajaan, beliau pula setuju dengan pemberian tanah tersebut…hipokrit…cuba menipu rakyat,” jelas hafez.

Beliau secara sinis turut mempersoal wajaran Zambry meneruskan dasar Nizar sekarang.

Jadi, sekarang siapa pula sebenarnya pengkhianat Melayu…(dan) siapa sebenarnya yang menjadi alat kepada bangsa asing (Cina),” sinisnya lagi.

Katanya lagi, Bersatu Perak mendesak Zambry memohon maaf secara terbuka kepada Nizar atas tuduhan dan fitnah beliau sebelum ini sekiranya beliau benar-benar jujur mengutamakan kebajikan rakyat.

Jika jujur, berani, minta maaf secara terbuka kepada Nizar kerana fitnah Nizar sebagai itu dan ini. Jika tidak, tahulah rakyat (Perak) bahawa Si Zambry ini sebenarnya seorang pemerintah yang tidak ada maruah dan harga diri,” desak Hafez lagi.

Inilah kepimpinan UMNO Perak (iaitu) hanya pandai menipu rakyat kononnya patriot Melayu, walhal realitinya tetap tunduk dan takut pada pemimpin-pemimpin tertentu MCA dan Gerakan, bukan mementingkan hak rakyat berbagai, ” tambahnya lagi.

Sehingga kini, Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin masih sah sebagai Menteri Besar Perak jika diukur melalui prinsip Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU) merupakan badan bukan kerajaan yang menaungi mahasiswa anak kelahiran Perak tanpa mengira ideologi dan warna kulit.

Terdahulu, UMNO melalui bakal Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak telah menculik empat Adun Pakatan Rakyat dan melakukan kudeta ke atas kerajaan negeri Perak melalui penyalahgunaan pengaruh kuasa Istana Perak.

Tuesday, March 10, 2009

Bajet Mini RM60 bilion

Berikut intipati pakej rangsangan kedua:

Pembeli rumah diberikan pelepasan cukai bagi faedah yang dibayar untuk pinjaman perumahan sehingga RM10,000 setahun selama 3 tahun;

Tambahan RM200 juta bagi membina Rumah Mesra Rakyat untuk golongan berpendapatan rendah;

Dana RM1.6 bilion untuk menggalakkan pelaburan;

RM200 juta untuk membaiki dan menyenggara longkang dan jalan;

RM150 juta untuk menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian, menyelenggara dan membaik pulih rumah kebajikan, balai dan kuarters bomba serta tandas awam di masjid, surau dan kawasan pelancongan;

Kerajaan akan menerbitkan Bon Simpanan Kerajaan berasaskan syariah berjumlah RM5 bilion tahun ini;

RM1.95 bilion untuk membina dan menambah baik kemudahan 752 sekolah, terutamanya di kawasan luar bandar serta Sabah dan Sarawak, di mana RM300 juta akan digunakan untuk menambah baik kemudahan sekolah agama bantuan kerajaan, sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina dan SJK Tamil dan sekolah mubaligh;

RM230 juta diperutukkan untuk meningkatkan kemudahan asas terutamanya bekalan elektrik dan air di kawasan luar bandar terutamanya di Sabah dan Sarawak;

RM350 juta peruntukkan untuk pembinaan jalan luar bandar;

RM674 juta untuk mengelak kenaikan harga barangan keperluan seperti gula, roti dan tepung; *

RM480 juta untuk menampung kenaikan kadar tol; *

Kerajaan juga akan menyediakan peruntukan RM500 juta untuk Program enyenggaraan Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS) dengan dengan memberi tumpuan kepada Sabah dan Sarawak;

RM1.2 bilion diperuntukkan untuk menyediakan infrastruktur dan
meningkatkan aktiviti ekonomi di Sabah dan Sarawak;

RM300 juta untuk program mikro kredit tanpa cagaran di bawah AgroBank bagi embantu petani dan peniaga berasaskan pertanian di luar bandar serta RM50 juta untuk program di bawah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun);

Tabung Kebajikan Nelayan sebanyak RM2 juta akan diwujudkan dan diuruskan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia;

RM20 juta akan disediakan untuk meningkatkan kemudahan pusat penjagaan harian warga tua, memantapkan pengurusan rumah perlindungan wanita dan menambah kemudahan pusat asuhan kanak-kanak;

Kerajaan mencadangkan pengecualian cukai yang diberi ke atas bayaran pampasan kehilangan pekerjaan sebanyak RM6,000 sekarang dinaikkan kepada RM10,000 bagi setiap tahun genap perkhidmatan;

Kerajaan mewujudkan skim Jaminan Modal Kerja berjumlah RM5
bilion untuk membiayai modal kerja syarikat yang mempunyai dana pemegang ekuiti di bawah RM20 juta;

Kerajaan akan wujudkan Institusi Jaminan Kewangan dengan modal berbayar permulaan RM1 bilion, bagi menyediakan penambahan kredit kepada syarikat yang bercadang mendapatkan pembiayaan pasaran bon. Dijangkakan bon-bon berjumlah RM15 bilion akan diwujudkan menerusi kemudahan berkenaan;

Terbitan hak oleh syarikat tersenarai tidak lagi perlu kelulusan
Suruhanjaya Sekuriti;

Bagi menggalakkan pengambilalihan dan penggabungan, Kod untuk tujuan itu tidak lagi terpakai kepada Syarikat Sendirian Berhad;

Hanya Suruhanjaya Sekuriti perlu dimaklumkan mengenai sebarang pindaan mengenai terma dan syarat terbitan bon dan sukuk;

Bon boleh tukar dikecualikan daripada keperluan penarafan mandatori;

Status penduduk tetap boleh dipertimbang sebagai warga asing yang memiliki set bersih tinggi dan membawa masuk lebih AS$2 juta pelaburan atau penabungan di Malaysia, sebagai usaha untuk membawa memasuk indvidu beraset besar dan
berkemahiran tinggi;

Golongan profesional berkemahiran tinggi juga boleh dipertimbangkan untuk diberi status yang sama;

Berkuatkuasa 1 Feb, pembayaran levi bagi Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) akan dikecualikan selama enam bulan untuk majikan industri tekstil, elektrik dan elektronik;

Berkuatkuasa 1 April, kadar pembayaran levi akan dikurangkan kepada 0.5 peratus daripada satu peratus bagi semua majikan untuk tempoh dua tahun;

Tambahan RM200 juta kepada Dana Pembangunan Automotif;

Kerajaan akan membantu skim pelupusan kereta Proton dan Perodua, dengan diskaun RM5,000 akan diberikan kepada pemilik kereta sebarang jenama kereta yang ingin melupuskan kereta mereka yang berusia 10 tahun untuk membeli kereta baru Proton dan Perodua;

Malaysia Airports Holdings Bhd akan membina dan mengendalikan lapangan terbang syarikat penerbangan tambang murah (LCCT) baru di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada anggaran kos RM2 bilion;

RM250 juta untuk memperluaskan Lapangan Terbang Pulau Pinang;

Rebat 50 peratus ke atas caj pendaratan akan diberikan kepada semua syarikat penerbangan yang mempunyai operasi di negara bagi tempoh dua tahun mulai 1 April;

Untuk pelaburan antara 10 Mac, 2009 dan 31 Dis, 2010, kerajaan mencadangkan perbelanjaan loji dan jentera diberikan Elaun Modal Dipercepatkan, yang boleh dituntut dalam tempoh dua tahun;

Bagi membantu syarikat yang terjejas akibat kesan krisis ekonomi, kerajaan mencadangkan kerugian tahun semasa syarikat dibenarkan dibawa ke tahun sebelumnya. Ini bagi membantu aliran tunai syarikat berbanding layanan cukai sedia ada. Jumlah kerugian yang dibenarkan sehingga RM100,000 setahun yang terpakai bagi tempoh taksiran 2009 dan 2010;

Paras threshold untuk levi keuntungan luar biasa ke atas sawit akan dinaikkan kepada RM2,500 satu tan untuk Semenanjung Malaysia dan RM3,000 untuk Sabah dan Sarawak.

RM200 juta untuk menaik taraf infrastruktur di tempat tumpuan pelancong;

Dana pelaburan Khazanah Nasional akan dinaikkan sebanyak RM10 bilion, dan akan dilaburkan dalam tempoh dua tahun dengan memberi keutamaan kepada aktiviti pelaburan domestik yang mempunyai kesan dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan;

RM100 juta untuk membina jejantas dan laluan berbumbung antara bangunan terutaanya di kawasan Setitiga Emas, Kuala Lumpur;

Kerajaan akan sedia dana berjumlah RM2 bilion bagi membantu pelaksanaan projek menerusi Inisiatif Kewangan Swasta dan usaha sama awam-swasta. Firma swasta akan dipelawa untuk membida bagi memperoleh dana itu;

Kerajaan bercadang menambah jumlah biasiswa untuk kemasukan ke universiti swasta tempatan;

Syarikat berkaitan kerajaan akan mendirikan 10 sekolah swasta yang bukan bertujuan membuat keuntungan;

Sektor perkhidmatan akan diliberalisasikan lagi bagi menarik lebih banyak pelaburan, membawa masuk lebih ramai profesional serta teknologi, selain mengukuhkan daya saingnya;

Jawatankuasa Pelaburan Asing akan mengguna pakai pendekatan lebih liberal ke arah membawa perubahan positif dan menyediakan persekitaran yang lebih mesra pelabur dalam usaha menarik lebih banyak pelaburan, termasuk pelaburan langsung asing;

Radio televisyen Malaysia (RTM) diperuntukkan RM20 juta bagi melaksana beberapa projek untuk membangunkan industri muzik tempatan;

Semua pemerolehan kerajaan akan dibuat menerusi tender terbuka atau tender terhad, kecuali dalam kes-kes khusus.

Duit-Duit....Di Mana Kau Duit?....Jeng Jeng Jeng Jeng Jeng